Pengikut

Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0 CATAT HIMPUNAN TERBESAR DLM SEJARAH?( BERGAMBAR )

Nak saksikan ratusan gambar terbaru  himpunan BERSIH?
Mari pakat tengok kat SINI

Jumaat, 27 April 2012

NIK AZIZ KENA DAKWA?

Sapa yang tak kenal dengan Tok Guru Nik Aziz.
Dah lama dia jadi MB. Dan lagi lama jadi pendakwah.
Dalam ceramahnya memang tak lepas mesti ada pesanan supaya bertakwa kepada Allah. Mengajar agar tunduk patuh pada tuntutan agama.
Adanya balasan akhirat. Soal dosa dan pahala.
Menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Hari ini ada yang dakwa Nik Aziz jadi penghasut :

MACHANG - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan ahli parti itu menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 disifatkan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.

Katanya, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat.

"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menasihatkan penyokongnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan.

"Sebenarnya, kerajaan telah banyak mendengar suara pembangkang dalam pelaksanaan pilihan raya. Mereka tidak perlu berdemonstrasi yang mana boleh menyebabkan kacau bilau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Kebangsaan Machang 2, di sini, semalam.

Pada majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub itu, seramai 1,500 penerima mendapat bantuan itu termasuk yang membuat rayuan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan tidak menghalang perhimpunan aman namun perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk lokasi yang ditetapkan oleh polis.

Sebelum sebuah web portal pembangkang pada laporannya Selasa lalu menyiarkan seruan Nik Abdul Aziz supaya seluruh rakyat hadir pada Perhimpunan Bersih 3.0 dengan menyatakan kehadiran majlis itu adalah wajib.
sumber : sini


Khamis, 26 April 2012

PERLU KA SOKONG BERSIH???

Betul ka jika sokong bersih bermakna sokong ambiga?
Ambiga tu memang dah jelas, terang lagi nyata bukan beragama Islam.
Abis tu awat dok sokong bersih 3.0?
Apakah keperluan menyokong bersih dan hujjah menolak atau menerimanya? 
Untuk menjawab soalan tu pakat dengaq ini :

Selasa, 24 April 2012

BERITA NI YANG RAKYAT NAK DENGAR DARI DULU LAGI...

Tahniah diucapkan kepada JAWI kerana beri pendidikan percuma .
Semoga segala urusan umat Islam nak dapatkan ilmu berkaitan Fardhu Ain dipermudahkan dan biarlah ianya turut melibatkan seluruh negara.
Amat malang jika umat Islam terhalang untuk dapatkan ilmu disebabkan masalah kewangan.
Duit zakat digunakan pada asnaf yang betul dan ini membantu menaikkan taraf penguasaan Ilmu dikalangan umat Islam.
Begitu juga nasib guru-guru yang mangajar fardhu ain. Elaun mereka biarlah menepati keadaan semasa yang semuanya mahal belaka. Jasa dan pengorbanan mereka amatlah tinggi nilainya..

KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.
Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI.
“Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan.

“Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil berkata, pemansuhan yuran membabitkan 66 KAFA dan 84 SRA selaras permintaan tinggi permohonan untuk memasuki sekolah agama termasuk di luar kawasan.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM39 juta bagi membina enam sekolah agama di sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Segambut, Kampung Batu Muda dan Setapak yang dijangka siap pada akhir 2014.

“Enam sekolah ini dibina sebagai persediaan negara menuju status negara maju yang bukan saja mempunyai kemajuan daripada sudut pembangunan semata-mata, malah turut cemerlang dalam aspek agama dan kerohanian.

“Melalui cara inilah kita memulangkan semula wang kutipan zakat setiap tahun kepada golongan asnaf dan fakir miskin,” katanya.

Isnin, 23 April 2012

YANG MENUDUH KENA KEMUKAKAN BUKTI...

Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dah buat kenyataan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.

Malahan beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnahnya.

Memang patut pun dia saman sapa yang buat fitnah dan cuma nak cemarkan nama baiknya.

Bacaan lanjut kat SINI

Pastu MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Apa kisah selanjutnya? Kena tunggu Zuraida ni kena saman la dulu...