Pengikut

Sabtu, 20 Februari 2010

BERTINGKAT-TINGKAT

Assalamualaikum.

Kabare semua? semoga waras sentiasa saat dan ketika ini. Waktu petang ni kita pakat tengok bas bertingkat2.
Bas bertingkat2 ni masih belum ada dijalan2 raya di Malaysia. Mungkin kurang sesuai dengan keadaan jalan2 di Malaysia.
Tapi yg banyaknya kat Malaysia dan di serata dunia adalah bodoh bertingkat2. Bodoh bertingkat2 antara puncanya adalah disebabkan dari sifat takburr, bangga diri, besar kepala, perasan best dan sewaktu dengannya. Bila sifat ini menguasai diri, segala tindakan org lain adalah tidak cerdik, jumud, ketinggalan zaman, tidak mengikuti perkembangan zaman dan beragenda. Walau sering terbit dari mulut mereka ini tentang pentingnya perubahan, anjakan paradikma,dan ketelusan, namun itu semua hanya tipu helah semata2 demi membentuk kebencian dan permusuhan yg berganda2.

Antara masalah lain yg sering menjadi sebab merebaknya kebencian dan permusuhan ialah percaya kepada berita2 yg mempunyai agenda memecah belahkan kesepakatan dan perpaduan sesama ummat islam yg beriman dan beramal soleh. Atau dengan kata lain, ummat islam menjadi agen penyebar berita fasik merebak dengan lebih meluas.

Dan alangkah buruk dan busuknya bilamana berita (fitnah) itu dijadikan hujjah untuk mencemar dan memperlekehkan individu2 tertentu dari kalangan Ummat Islam yg beriman dan beramal soleh.
Apabila sudah jelas kebenarannya, tiada kata maaf atau insaf atas ketelanjuran lepas. Apa yg ada cuma menegakkan benang yg basah apatah lagi benang itu berlumuran dengan air najis pula.
Memang bertingkat-tingkat bodohnya.

Kita mampu menjadi manusia yg lebih baik dari semalam,
Jgn hari ini lebih teruk dan busuk dari hari semalam. Memang rugi dan amat malang.

Kita jauhkan kejahilan dan kepercayaan pada berita2 yg kita sendiri yakin tentang tinggi semangat kekelentongannya.
Begitulah adanya.

Jumaat, 19 Februari 2010

PAHANG, JOHOR DAN PERLIS PUN TAKDE?

Terkejut bila dengar berita ini. Macam tak percaya la pulak.
Mesti ramai yg tak pueh hati bila tiada perarakan.
Bila tiada perarakan macam-macam org akan kata...
1-Lupa pada tradisi
2-tak paham agama dengan jelas
3-Mana bukti cinta pada Nabi?
4-Macam mana nak tahu jumlah yg cinta Nabi?
Ini hanya sekadar sebahagian sahaja.
Oleh itu...
FRU kena besedia awal, mungkin cuti pun dibekukan.
Nak menghadapi gelombang ketidakpuasan hati Ummat.
Maklumlah hari ini hari Jumaat.
Soalnya, Beramal atau sekadar memuja?

#- Ini bukan gambar Ummat yg akan pergi atau sedang berdemontrasi

Khamis, 18 Februari 2010

MACAM ANJING!!!

Semua dah tahu, dan dah biasa tengok. Anjing sentiasa menjelirkan lidahnya. Samada disebabkan kepanasan badannya atau menambah oksigen dalam tubuh badannya.

Allah membandingkan golongan cerdik pandai, alim ulama, para ilmuan dan yg semaksud dengannya, yg mencari kekayaan dan kemegahan dunia tanpa rasa puas dan cukup seperti anjing yg sentiasa menjelirkan lidahnya.Iaitu yg menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya.

Firman Allah :
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat- ayat kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al- A’raf: ayat 175-176).

Dlm masyarakat melayu, istilah Anjing sering diguna pakai untuk menunjukkan betapa anjing adalah suatu perbandingan yg paling cocok bagi sifat2 tertentu. Sebagai contoh,

1-Anjing dan bayang-bayang = Menunjukkan sikap tamak.
2-Seperti melepaskan anjing tersepit = Kebaikan dibalas kejahatan dan sifat tidak boleh dipercayai.

Ini contoh gambar2 anjing yg boleh kita ambil iktibar.




Setiap makhluk yg dicipta Allah tidak sia-sia, semuanya ada peranan dan hikmah yg tersendiri. Jadilah orang2 yg sentiasa memikirkan ciptaan Allah yg Maha Agung.
Begitulah adanya...

Rabu, 17 Februari 2010

GEMPAR !!! : ANAK ORANG MANA LAK NI?

Berita tergempar :

Fenomena ini memang pelik. Amat jarang berlaku. Jarang dilihat.Tapi dah berlaku. Memang dahsyat.
Ini dah kes berat. Para pakar seluruh dunia pun pening kepala. Ini kes tiru perangai manusia jahat. Ini anak orang.
Anak orang utan. Orang utan pun buang anak?
Dunia oh dunia... Engkau makin tua...

Selasa, 16 Februari 2010

BUANG ANAK 2 : AKIBAT AMBIL SEBAHAGIAN

Assalamualaikum.
Dlm minggu ni, bising segala rakyat jelata beserta para pemimpin dan isteri2 pemimpin betapa jenayah buang anak perlu ditangani segera.
Macam-macam idea terpacul dari mulut2 para pemimpin dan wakil-wakil pemimpin. Segala cadangan dan pandangan diberi bagi membendung gejela ini dari terus merebak.

Dulu-dulu punya cerita, pasal jenayah rogol, Ada cdgn dari kalangan yg ada nama dlm negara tercinta ini, menyarankan para wanita memakai sepender besi...
Pastu ada pulak cdgan meng"kasi" pelaku jenayah tersebut.
Ini cerita lama.
Jenayah terus berleluasa. Makin kejam dan makin ganazz.

Adakah ini natijah dari Keimanan sebahagian sahaja dari Kitab Allah? dan Kufur dengan sebahagian dari apa yg Allah turunkan?
Bukankah Allah menjanjikan kehinaan berpanjangan jika keimanan hanya pada yg disukai menurut hawa nafsu, dan menolak sebahagian yg lain jika tak kena pada nafsu serakah sendiri.
Memang benarlah janji2 Allah. Manusia jadi hina dan jadi lebih sesat jika mencari lain dari petunjuk Allah.
Allahu Akbar!!!

#Sesungguhnya solat dapat mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar.

Isnin, 15 Februari 2010

BUANG ANAK : KAT MANA PULAK NIE?

Di negeraku tercinta, kes buang anak dah makin parah, yg ditemui dah terlalu banyak, yg tak dapat dikesan, entah banyak mana pun tak tahu...yg dah dimakan anjing, ditanam, dibuang dalam laut, sungai atau mana2 lah yg tak terjumpa oleh sesiapa entah ribuan mungkin.
Ni gambar buang anak gak..tapi bukan kat Malaysia, tapi kat negara lain, tapi tak la sampai dia nak bakar anaknya walau dia seorang perokok tegar. Mungkin masih ada simpati. Kat Negaraku dah ada yg buang anak dan bakar biar sampai jadi abu dan debu.
Dunia makin hampir ke penghujungnya... saksikan..






Nasib baik selamat. Kes ada hero yg datang tepat pada saatnya.

Ahad, 14 Februari 2010

AKSI SAMBUT THN BARU CINA KOT?!!

Assalamualaikum.
Tahun Baru cina ramai org melayu, cina dan india bercuti.
Bila bercuti ramai yg pakat balik kg.
Jalan2 raya, lebuh raya menjadi sesak.
Bagi yg tak balik kg, boleh mengekses internet...
Boring2 layan cerita panas tentang kapal selam, enjin jet, politik sana sini, kita layan gambar2 aneh dan selamba abad ini.entah betul, entah bila...aku pun tak tahu.
Anda juga yg tahu dan sering ambil tahu...
gambar 1 :Sabar menanti kepulangan ayah. Anakmu perlukan bimbingan ayah, bagaimana ayah kuarkan asap melalui hidung, teach me dad..i love u dad, U r my role model dad!!!


Gambar 2 : Sabar menggunakan pengangkutan awam negara.u can avoid the accident that can cause death...


Gambar 3 : Sabar menanti result ujian memandu.i can race then...


Gambar 4 : Sabar menghadapi saat2 sukar waktu terkena wabak cirit birit


Gambar 5 : Sabar menanti giliran, segak bergaya

Akhir kalam renungilah ayat2 ini :

“Do they look at the camels, how they are made? And at the sky, how it is raised high? And at the mountains, how they are fixed firm? And at the earth, how it is spread out? Therefore do you give admonition, for you are to admonish. You are not one to manage (men’s) affair but if any turn away and reject God, God will punish him with a mighty punishment. For to us will be their return. Then, it will be for us to call them to account. (Alghashiyah: 17-26)