Pengikut

Sabtu, 12 Mac 2011

"PEMBOHONGAN POLITIK KIAN MENULAR"

Sapa yang bohong?
Siapa yang berkata benar?
Mesti ada yang dah jadi kaki kelentong?
Tak jujur dengan penipu sama maksud ker?

Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur

Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “pembohongan politik”.

Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana pembohongan politik kian menular,” katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain pembohongan politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.
dicedok dari SINI

Khamis, 10 Mac 2011

BAPA AYAM, IBU AYAM DAN ANAK AYAM...


Gambar kenangan.
Sebelum tiba saat perhitungan.

Selasa, 8 Mac 2011

SUSU MAKIN CAIR.POKET MAKIN CEPAT KOSONG...

Tektik bagi pembeli tak sedar dan seolah tiada sebarang kenaikan.
Kotak pada saiz yang sama. Besar dan nampak macam banyak je isinya.
Tapi hakikatnya, berat dan isinya makin kurang.
Kalau dulu beratnya 1 kg, kini ia dah jadi 900gram.
kalau dulu 650gram, sekarang dah 500gram.
Kalau dulu 1 kotak tu tahan 7 hari, tapi sekarang 5 hari dah habis licin.
Memang tekanan begitu terasa..
Kes kecurian susu di kedai dan pasaraya makin menjadi-jadi.
Anak-anak kecil tetap mahukan susu.
Mereka tidak tahu tentang susu makin naik harga.
Perut mereka mesti kenyang.
Kalau tidak susah mak ayahnya...
Terpaksalah para ibu dan bapa mencairkan kepekatan susu, demi menjimatkan perbelanjaan.
Jika ianya berterusan naik, anak-anak kecil kena belajar minum susu pekat manis @ minum je la air tea...

Begitulah adanya..

SELEPAS APRIL BN AKAN TERUS BERKUASA?

Bila ye agaknya pilihanraya DUN Sarawak?
Macam-macam ramalan yang telah dibuat.
Ada juga yang persoalkan, sampai bila Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan terus kekal sebagai Ketua Menteri?

Pensyarah: BN akan terus berkuasa di Sarawak

Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.

NONEDaripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.

“Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina,” katanya.

Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang.

Terlalu lama

DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN.

Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan

"Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.

"(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang," katanya.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Kerusi Melayu

Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.

Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.

Ini kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.

Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.

Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut.

Pilihan raya April ini?

Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.

"Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.

Shaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.

Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.

Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan "tidak sekukuh" seperti BN.

"Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana," katanya.
sumber : Malaysiakini