Pengikut

Sabtu, 11 Disember 2010

KALAU TAK MENCURI TAK TENANG HIDUPNYA?


Orang yang beriman dan sering mengerjakan amalan soleh akan sentiasa berusaha hari demi hari untuk merapatkan lagi hubungannya dengan Penciptanya.
Hari demi hari akan bertambah amalan dan bertambah baik kerja amalnya.
Jika tidak hati nuraninya akan gelisah. Wajahnya akan menampakkan kekecewaan bilamana ia tidak dapat memperbaiki amalannya..
Ketenangan dalam hidupnya turut dirasai dan dapat dinikmati oleh orang sekelilingnya.
Kehadirannya dinanti dan amat diharapkan.
Kehilangannya dirindui dan jasanya disebut didaratan dan dilautan.

Itu kalau orang yang beriman dan beramal soleh.
kalau macam cerita kat bawah nie apalah malang hidupnya :

LONDON - Sekali lagi, pencuri 'paling prolifik' di Britain akan menyambut perayaan Krismas di dalam penjara selepas didapati bersalah bagi kesalahan jenayahnya yang dilakukan buat kali ke-327.

Penjenayah, David Archer, 55, dilaporkan mula mencuri semasa berumur 10 tahun dan tabiat itu berterusan menjadi satu ketagihan sehingga dewasa.

Tempoh penjara yang telah dijalani Archer sepanjang 'kerjayanya' itu bersamaan dengan dua hukuman penjara seumur hidup di Britain.

Dia tidak dapat menyambut 15 daripada 16 perayaan Krismas sepanjang 16 tahun lalu bersama anak perempuannya kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara.

Archer mengaku mencuri sebilah pisau cukur dan sebotol arak bernilai 20 pound (RM100) daripada sebuah pasar raya, kelmarin - hanya dua hari selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan melanggar perintah kelakuan antisosial.

Archer yang telah menghabiskan 30 tahun hidupnya dalam penjara pernah disabitkan bersalah atas 252 kesalahan termasuk mencuri kotak derma semasa perayaan Krismas.
Ceritanya dari sini

JANGAN ZALIM DAN USAH BIARKAN KEZALIMAN BERLELUASA..


"Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu. Bahawa Rasulullah SAW. Bersabda : Seorang Muslim itu menjadi saudara kepada seorang saudara muslim yang lain.Dengan sebab itu ia tidak boleh menzalimi atau membiarkan saudaranya itu dizalimi.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya Allah menyempurnakan hajatnya pula.Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan (kesusahan) saudaranya maka Allah akan melepaskan daripadanya satu kesulitan (kesusahan) pada hari khiamat kelak.Seterusnya sesiapa yang menutup keaibpan seseorang muslim itu maka Allah akan menutup keaibpannya pula pada haru khiamat kelak. (Muttafakun alaih)
"
Huraian Hadis

Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan atau persefahaman dalam perkara yang diredhai Allah. Penganutnya dikehendaki hidup berbaik-baik dan tolong menolong bantu membantu , mormat menghormati diantara satu sama lain , kerana umat Islam itu adalah bersaudara seumpama saudaranya sendiri seperti firman Allah dalam surah hujurat ayat 10:

Ertinya: "Bahawa seluruh muslim itu bersaudara maka hendaklah kamu damaikan antara saudara kamu"

Hak sesama muslim seterusnya dikehendaki menjaga saudaranya daripada terkena kesusahan dan jangan membiarkannya terkena inanya tampa mendapat pembelaan. Lebih-lebih lagi dilarang melakukan penginanyaan terhadap saudara muslim yang lain.

Hadis diatas seterunya menerangkan sesiapa diantara orang Islam yang tolong melepaskan saudaranya dari sesuatu kesulitan seperti menolong orang yang ditimpa kesusahan dan sebagainya maka pasti Allah akan melepaskan satu sesusahannya di akhirat kelak, dan mana-mana orang-orang Islam yang melindungi seseorang Islam yang lain daripada satu bahaya seperti melepaskan seseorang yang menderita hidup akibat dizalimi oleh pihak yang lain maka Allah akan melindunginya di Akhirat nanti, walau bagai mana pun tidaklah harus melindungi orang yang terang-terang melakukan kesilapan disebabkan kepentingan tertentu. Sekiranya kezaliman terus berleluasa dan sikap melindungi orang yang melakukan kesalahan yang nyata tidak dibendung maka tunggulah kehancuran pasti akan berlaku.

Demikianlah kewajipan yang mesti dilakukan oleh seseorang Islam terhadap sesama muslim, kerana setiap orang Islam adalah saudaranya, dengan bersikap suka tolong menolong , bantu membantu untuk kebaikan bersama yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan dibalas pahala di Akhirat kelak.

Sekiranya umat Islam beramal dengan ajaran ini sudah tentu hidup mereka akan terjamin dan dihormati orang ramai serta di redai Allah.

Pengajaran Hadis
1. Orang Islam mestilah hidup berbaik-baik dan tolong menolong diantara satu sama lain
2. Mereka ditegah melakukan penginayaan diantara sesama sendiri.
3. Orang yang melakukan kebaikan dalam hidupnya akan dibalas pahala di Akhirat nanti.
4. Allah menolong orang yang suka menolong saudaranya dengan ikhlas.

Jumaat, 10 Disember 2010

DULU DIKUTUK DAN diTUDUH TAK PANDAI MEMERINTAH...

Semasa awal pemerintahan TG Nik Aziz, macam-macam cemuhan dan kutukan yang diterima kerana yang memerintahnya adalah seorang tok guru yang sering pakai kain pelikat.

Akan berlaku pelbagai krisis kerana dianggap tidak pandai mentadbir.

Setelah 20 tahun Pas memerintah Kelantan inilah antara hasilnya :

SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.

Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.

“Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,”ujarnya lagi.

Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

“Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,”ujarnya.

Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.
Dicedok kat sini

Khamis, 9 Disember 2010

IKUT SYAITAN SEJAK AWAL TAHUN LAGI..

Membuat amal sebelum mati.
Bila dah mati tak boleh lagi nak beramal soleh.
Kat dunia memang banyak amal.
Tapi amalan syaitan juga yang jadi pilihan.
Ini sebahagian darinya :

ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan 10 pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel murah di sekitar bandar raya ini dalam 'Operasi 3/1' yang dijalankan sebagai menghormati sambutan Maal Hijrah, kelmarin.

Operasi yang bermula jam 2 petang sehingga 8 malam itu disertai 28 anggota penguat kuasa JAIK dan tertumpu di sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata mereka yang ditahan berusia 14 hingga 32 tahun dan tiga daripada mereka adalah pelajar universiti, dua pelajar sekolah manakala selebihnya bekerja di sekitar negeri ini.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Kebanyakan pasangan memberi alasan hanya menumpang di bilik hotel yang diserbu itu untuk berseronok dan kita terpaksa membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, seorang gadis berusia 18 tahun tiba-tiba diserang sawan ketika disoal siasat anggota penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat dengan pasangan di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu di sini, kira-kira jam 5 petang.

Gadis yang berasal dari Tongkang Yard di sini, itu dikatakan merentap mulutnya sehingga berdarah menyebabkan anggota penguat kuasa terpaksa meletakkan sudu untuk tujuan keselamatan ke dalam mulut untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
“Kami terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan gadis itu kemudian dimasukkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Kita akan menahannya sejurus keluar dari wad kerana dia disyaki berkhalwat bersama pasangannya berusia 31 tahun di motel itu. Bagaimanapun, pasangannya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan keluarga malam kelmarin," katanya.

Md Nasir berkata, di motel sama, pihaknya turut menahan dua penuntut tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.

Beliau berkata, penuntut wanita berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri di situ kerana baru pulang dari bercuti di rumahnya di Johor, manakala teman lelakinya yang berasal dari sini hanya datang untuk menemaninya.

“Ketika serbuan pintu bilik mereka dalam keadaan tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa yang lama untuk membukanya.Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
sumber : SINI

JOHAN MULUT PALING BESARR...


Memang patut pun jadi johan.
patutnya Kena juga buat pertandingan mulut siapa paling kuat tabur janji?
tapi...

Rabu, 8 Disember 2010

LAMA TAK DENGAR APA KATA BEKAS NAIB PRESIDEN PAS...

Sejak pencen lama tak dengar tentang Bekas Naib Presiden Pas ini :
mari kita baca apa pandangan beliau tentang isu bukan islam membaca dan menghurai teks Al-Quran.

Tidak perlu fatwa larang bukan Islam petik al-Quran...

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 8 Dis — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata tidak perlu bagi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran sebagaimana disaksikan ketika Kongres Nasional PKR baru-baru ini.


Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nakhaie berpendapat bahawa fatwa bagi melarang orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran tidak perlu digubal.

Bagaimanapun Nakhaie menegaskan, sesiapa sahaja sama ada orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh membaca dan membuat huraian al-Quran sekiranya tidak terlebih dahulu memahami maksud sebenarnya ayat tersebut.

“Ia bukan tertakluk kepada orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam juga, kalau tidak faham tentang ayat al-Quran jangan tafsir apatah lagi mengatakannya di khalayak ramai.

“Sesiapa sahaja yang nak tafsir ayat al-Quran kena belajar betul-betul supaya faham kemudian apa yang ditafsirkan itu lebih tepat dan jelas.

“Jadi bagi saya fatwa untuk halang orang bukan Islam tidak wajar kerana kita tidak boleh halang mereka untuk kaji al-Quran tapi jangan cakap kalau tak faham,” katanya.

“Kita tidak boleh larang orang bukan Islam untuk kaji al-Quran tapi kalau nak kaji biarlah teliti betul-betul, jangan main-main,” tambah Nakhaie.

Beliau berkata al-Quran boleh dikaji oleh sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam tetapi dengan syarat perlu faham maksud sebenar sebelum membaca atau membuat huraian.

“Al-Quran boleh dikaji termasuk oleh orang bukan Islam juga tetapi kena faham tafsirannya dulu sebelum nak cakap apa-apa tapi kalau nak keluarkan fatwa untuk halang tidak bolehlah.

“Yang penting jangan manipulasikan ayat al-Quran demi kepentingan politik sama ada untuk diri sendiri atau parti. Jangan manipulasikan ayat al-Quran,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu turut menjelaskan pemimpin tidak wajar untuk membaca dan menghuraikan ayat al-Quran di pentas politik sekiranya tidak jelas tentang maksud sebenar ayat yang ingin dihuraikan itu.

“Untuk kaji dan memahami al-Quran tiada masalah tetapi jangan pula gunakan ia di pentas politik, ini bukan untuk orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam termasuk Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) juga.

“Jangan gunakan ayat dan tafsiran al-Quran di pentas politik, bagi kalau digunakan juga ia seolah-olah memanipulasikan ayat al-Quran. Kalau guna untuk kepentingan politik tidak boleh lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak faham tentang ayat-ayat al-Quran.

“Kerana jika ada pemimpin yang gunakan ayat al-Quran di pentas politik itu manipulasi namanya, sebab itu tidak boleh main-main dengan ayat al-Quran ini. Kalau tidak faham lebih baik jangan cakap,” tegas Nakhaie.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib turut menyokong pandangan Nakhaie dengan mengatakan tidak wajar untuk Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bagi melarang perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran.

“Saya tidak tahu ia boleh mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tafsiran yang dibuat itu betul dan tepat ia boleh menyedarkan masyarakat.

“Mengenai tafsiran yang tidak tepat ia bukan merujuk kepada orang bukan Islam sahaja tetapi orang Islam juga, kalau tidak faham tafsiran tersebut jangan cakap. Pastikan dulu dengan betul baru boleh cakap.

“Bagi saya tidak perlu fatwa dalam perkara ini, kenapa perlu difatwakan? Fatwa tidak diperlukan tetapi kalau salah tafsir kita perlu nasihat mereka supaya tafsiran yang hendak dibuat itu perlu benar-benar tepat dengan merujuk kepada tokoh-tokoh agama atau ulama,” katanya.

Laporan media menyebut Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Majlis itu yang mengadakan mesyuarat khas di Sepang Jumaat lalu memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

“Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah,” kata beliau.

Oleh kata beliau, pihkanya mahu mengambil langkah menggunakan kaedah sad zaraik iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan.

“Maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

“Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” kata beliau.

Pertemuan itu diadakan ekoran perkembangan pada Kongres Nasional PKR di mana Kesavan, perwakilan dari Perak, memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Kesavan dilapor membacakan terjemahan yang salah daripada Ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran dan ia mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin.

Bagaimanapun Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara.

Tambah Nik Aziz, berdasarkan pengalaman berceramah dengan pemimpin DAP, selalunya mereka terlebih dahulu merujuk kepadanya sebelum berucap.
SUMBER KAT SINI

Selasa, 7 Disember 2010

SABAR BERHADAPAN MUSIBAH...

Marilah kita merenung dan bermuhasabah diri kita bersempena dengan kedatangan awal muharam pada hari ini dengan meneliti firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 214 : Maksudnya :

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.

Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 218:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


Hijrah sebenarnya menggambarkan perjuangan untuk menyelamatkan akidah. Bersedia berubah daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari jahil kepada berilmu, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.

Perjuangan menegakkan akidah umat Islam di negara ini harus dihadapi dengan perjuangan dan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita.

Berhadapan dengan mehnah adalah rencah dalam menegakkan kebenaran. Gangguan, cemuhan, kutukan, tuduhan jahat, kata nista, ancaman, penyiksaan dan pelbagai lagi adalah menjadi sunnah orang berjuang,

"Kalau kamu tidak menolong (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkan dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al- Taubah ayat 40).

Keimanan pada janji Allah bagi pejuang yang berjuang menegakkan agamanya bukan hanya ketika saat kemenangan atau kejayaan. Keteguhan iman seseorang itu diukur ketika ditimpa musibah dan bagaimana ia berhadapan dengan saat tersebut. Samada ia teguh berhadapan dengan saat sukar atau mengalah dan hanya sekadar mencari cacat dan silap orang lain...

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

BERITA YANG MEMBERI HARAPAN : MACAM KES MINYAK JUGA

Sebelum baca berita kat bawah ni, adalah dinasihatkan semua pakat baca keratan akhbar ini :Untuk lebih paham dan kenal dulu siapa yang membuat kenyataan tersebut.
Barulah penilaian kita lebih terarah dan tahu apa natijah yang rakyat akan dan sedang terima... layannnnnn

yang ini pun lebih kurang sama gak, cuma akhbar yang berlainan:


Setelah itu baru baca berita yang menyejukan mata, telinga, hati dan tubuh badan manusia yang masih menjadi penyokong setia mereka...
Berbaloi-baloi bukan?

KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan juga masih mengekalkan subdisi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.
"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi kerana gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini hari ini.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagi menangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna," katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.
Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata, anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

Isnin, 6 Disember 2010

WARGA EMAS PUN KENA BAHAM


EL-ARISH, Mesir: Seekor jerung membaham hingga putus lengan seorang pelancong warga emas Jerman di pusat peranginan Laut Merah Mesir, menyebabkan mangsa terbunuh serta merta.

Ia berlaku selang beberapa hari selepas jerung mencederakan empat pelancong Eropah lain.
Click Here
Wanita Jerman yang terbunuh itu sedang berenang di laut Sharm el-Sheikh, pusat peranginan dan menyelam terkenal di semenanjung Sinai, apabila beliau diserang.
“Ia pasti serangan jerung," kata Hesham Gabar, Ketua Dewan Menyelam dan Sukan Air Mesir.

Kedutaan Jerman di Cairo tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan. - AP

AKU, DIA DAN PETAI...

Tajuk di atas ada kena mengena dengan ron95.



Pagi yang bening,
Ketika titis-titis hujan yang menimpa atap rumah
Maka kelaparan pun melanda...
Nasi kerabu dah tersedia bersama petai segar dari hutan,
Memang menyelerakan.
Jom layan...

Penyudahnya:
ia bakal naik harga jua walau beribu pegawai pemantau..

Ahad, 5 Disember 2010

BUKTI JELAS : INI KES MENTERI CAKAP BOHONG ATAU AKHBAR PUTAR BELIT?


Buka mata luas-luas...
Hampa tengok la keratan ini...
Pastu tahulah mana yang bikin auta...

INI BARU AZAB DUNIA!!!



Memang menakutkan...
Nak tengok gambar lagi buka kat SINI