Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

PIALA FA TERKINI: PENYU TIBA-TIBA KETAWA BESAR..

Inilah berita terkini : Kelantan berputih mata di saat akhir.
Terengganu berjaya menjulang piala FA kali ini walaupun kelihatan hampir kalah.
Tahniah!!!

CERAMAH MULA AWAL SANGAT KOT?


La, tengok pada gambar, seolah-olah ceramah dimulakan awal je.
Kalau ikut adabnya penceramah kena tunggu hadirin pendengar atau hadirin pendengar kena tunggu penceramah?
Sapa yang patut datang awal?
Kena bukak kelas adab la pulak kat dataran ini.
Nak tengok kerusi tidak berganjak? SINI

'TIDAK BERETIKA'

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim nyata berang dengan kehadiran pemain Kelantan yang menyaksikan sesi latihan rasmi skuad Peteh di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tindakan pemain The Red Warriors itu menyebabkan jurulatih yang pernah melatih kelab Persipura Jayapura di Indonesia itu menggelarkan ia sebagai tidak beretika.


“Ia sesuatu yang tidak beretika apabila lawan menyaksikan kami menjalani latihan rasmi petang ini (semalam). Saya bukannya melakukan persiapan taktikal terakhir namun beberapa perkara yang sepatutnya kami lakukan pada sesi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Saya sepatutnya mengadakan sesi latihan mengambil sepakan penalti namun mengambil keputusan sebaliknya selepas terdapat pemain Kelantan yang tiba awal di stadium berlegar di kawasan sekitar padang permainan.


“Ini mungkin menyebabkan mereka mengetahui arah mana yang pemain akan ambil dan sebagainya. Namun kami sudah menjalani latihan sepakan penalti di Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.


Persediaan pemain dalam mengambil sepakan penalti bagi Piala FA penting kerana sejak 2006 sehingga tahun lalu, pemenang empat daripada lima perlawanan akhir itu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Mengenai persiapan pasukannya, Ifran Bakti berkata, semuanya sudah bersedia sepenuhnya terutamanya dengan kehadiran semula Ashaari Shamsudin (penggantungan kad kuning) dan Zubir Azmi (latihan pusat skuad Olimpik negara). “Saya boleh mengatakan kami berasa amat yakin dan optimis untuk menjulang piala malam esok (malam ini),” katanya.


Kali terakhir Terengganu menjulang Piala FA pada tahun 2000 apabila menewaskan Pulau Pinang 4-3 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

SUMBER : HMETRO.COM.MY

Khamis, 9 Jun 2011

JANGAN SOAL?!!!

Bagi yang nak tahu, kenalah tanya orang yang tahu.Pautan
nak tanya pun kena tengok orang gak. Maknanya kena tanya pada yang ahlinya. Yang arif tentang hukum hakam dan bersedia mengemukakan hukum tanpa rasa takut dan gugup.

Macam kisah seorang guru, yang sering sangat ditanya oleh anak muridnya tentang pelbagai permasalahan,.
Akhirnya mengeluarkan bicara : siapa yang bertanya maka lemahlah imannya...

Kalau tak tanya macam mana nak tahu.
Bila tak tahu, memang masalah timbul.
Kerana kejahilan itu satu kerugian.
Cerita "jangan persoal" kat SINI.

Rabu, 8 Jun 2011

APA NAK HERAN?

Enjin jet pun hilang. Inikan pula enjin kereta, enjin bot atau enjin moto..
Belum lagi masuk kes hilang bini, anak dara dan macam-macam lagi.
Boleh kata, hari-hari ada kes hilang.
Lagi cerita kes hilang kat SINI
Lagipun macam-macam polis nak siasat. Kes video lucah makin bertebaran pun makin parah..
Depan rumah dia sampai... hancuzzz

Isnin, 6 Jun 2011

KALAU TAK TAHU HUKUMNYA MACAM MANA?

Adakah sama orang yang tahu dengan orang yang tak tahu?
Tentulah tak sama.
Yang jadi masalahnya bila tahu, tapi buat-buat tak tahu...
Pun bermasalah juga jika tak tahu, tapi buat-buat tahu..
Iye la, yang tak berapa cerdik belagak cerdik...

Berita tentang tak tahu...Kat SINI

Ahad, 5 Jun 2011

HUSAM BUKA LANGKAH..

Pantas, tangkas dan kena sering memikirkan teknik yang lebih berkesan dari pihak yang ditentang.

PAS rangka pelan kemenangan..kata Husam.
Ianya akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan, sesuai dengan peranan masing-masing..
Bacaan lanjut : SINI

HARGA BARANG

Bagi yang rajin pi pasar, yang selalu beli barang-barang keperluan dapur temankan isteri akan dapat tau la sejauh manakah harga barang sekarang ini.
Rm50 sekejap je habis...
Tak percaya?
Jom kita pi pasar tani...