Pengikut

Jumaat, 12 Ogos 2011

ISTERI GERAM KETUK KEPALA SUAMI YANG JADI PEMIMPIN


Sapa yang punya cerita ni tidaklah diketahui.
Apapun mai pakat baca :

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si

isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....

Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca

suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....


Rabu, 10 Ogos 2011

BLOGGER SEMUT DAN BLOGGER LALAT

Ingatan dan Nasihat...
Semoga nafsu kita mampu dijinakkan dan terkawal sepanjang ramadhan dan selepas itu...
"Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis. Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan juga tempat busuk. Ini kerana blogger pun manusia yang punya nafsu.
Nafsu ni tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab blogger dan juga kita mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah SWT..."

Ucapan di Majlis Pelancaran Facebook Rasmi Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perdana Resort pada 6 Febuari 2010.

Selasa, 9 Ogos 2011

SPR KATA TIADA PENGUNDI HANTU : TOLONG LA PERCAYA...

Ini kenyataan lama.
Dulu-dulu punya cerita.
Sekarang makin mudah. Maklumat dihujung jari..cittt

Tiada Pengundi Hantu, Kata SPR

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu pada pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sekiranya pihak tertentu mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini saya tidak ada maklumat mengenai perkara berkenaan (pengundi hantu). Tapi saya yakin tidak ada pengundi hantu. Saya dah cakap berkali-kali, kalau ada maklumat tentang hantu-hantu ini, beritahu SPR," katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai enam buah bas diiringi polis dikatakan membawa pengundi hantu.

Beliau berkata SPR akan menyiasat dakwaan itu dan berpendapat kemungkinan pengundi tempatan yang berada di luar kawasan dibawa dengan menggunakan bas berkenaan untuk pulang mengundi di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya bas-bas itu mungkin diiringi polis bagi mengelakkan kejadian penahanan bas oleh penyokong parti di Marang pada pilihan raya umum lepas berulang.

"Dan saya beri jaminan bukan pengundi hantu. Kalau bas lain, mana boleh hantu naik bas. Tak ada... Saya dah cakap berkali-kali tolong... Kalau ada apa-apa maklumat, nama ke, alamat ke, nombor kad pengenalan ke... beritahu kami (SPR). Kita akan sama-sama siasat dan ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil itu, sebaliknya mereka dibenarkan memasuki kawasan pusat mengundi.

Katanya sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang, individu yang mengundi tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Ketika ditanya sama ada terdapat cadangan supaya Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik di kalangan pegawai SPR bagi mengelakkan pertindihan tugas, Abdul Aziz berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.

"Kita akan timbangkan perkara tersebut. Setakat ini kita tidak ada masalah tapi kita akan lihat dan kaji dulu perkara ini," katanya.

Sebagai Pengerusi SPR yang baru, Abdul Aziz berkata beliau mengalukan pandangan untuk penambahbaikan SPR pada masa akan datang termasuk daripada Mafrel, badan bebas yang lain serta petugas-petugas SPR yang berpengalaman luas mengendalikan pilihan raya.

-- BERNAMA


Terbaru dan terkini entah la.
Setelah baca berita ini :Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah


Isnin, 8 Ogos 2011

KESAN DARI PENJAWAT AWAM YG SOKONG PEMBANGKANG?..

Kalau semua pakat angguk, sokong, setuju sebulat suara tanpa bangkangan,
ikut, patuh dan sedia berkhidmat tanpa banyak soal dan tentangan, boleh jadi dapat 2 bulan bonus..Boleh jadi.. tak dapat dipastikan..
Tiada yang terlibat dengan demontrasi, mogok dan sebagainya...
Seronok sikit nak umum berita gembira buat semua yg bersatu teguh dibelakang PM...
Yang pastinya dapat la separuh gaji... nak bangkang lagi? Sampai bila nak dapat separuh je? hehehe
cerita bonus kat SINI

Ahad, 7 Ogos 2011

CADANGAN TIMBALAN PESURUHJAYA YANG DITERIMA PAKAI...

Lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan kepada fitnah yang lain malah boleh merugikan.
Rasanya cadangan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor inilah yang diterima ramai AJK PAS pusat...
Tahniah la pada yang bijak dan tenang berhadapan dengan situasi sebegini.

Jumpa Jais, gereja dapat gambaran sebenar
Saidah Hairan

SHAH ALAM, 5 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Iskandar A Samad (gambar) berharap semua pihak tidak wajar membuat kenyataan yang menunding jari kepada mana-mana pihak sebelum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ini kerana kata beliau, isu pemeriksaan Jais ke atas satu majlis di bangunan Gereja di Damansara Utama sebagaimana yang dilaporkan media terlalu sensitif kepada semua pihak.

Sehubungan itu beliau menegaskan semua pihak perlu berhati-hati membuat ulasan tentang tindakan Jais selagi belum menerima satu laporan lengkap daripada pihak Jais.

Berhubung kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Katanya, kenyataan Hasan yang diulas oleh beberapa pihak hanyalah kenyataan yang dilaporkan oleh media.

"Saya harap satu pertemuan di antara beliau dan pimpinan PAS Selangor perlu diadakan dan saya menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor yang mahukan satu laporan lengkap dari pihak Jais," tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri.

Beliau mencadangkan PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak Jais dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang peristiwa tersebut.

sumber : SINI