Semoga cepat sembuh dan dapat terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah...
Bagi orang yang beriman, Sabar dengan ujian adalah suatu kemestian.
Setiap kesukaran dan kesusuhan yang dialami didunia tidaklah sia-sia jika tujuan hidup kita mengabdikan diri kepada Allah..
Semuanya ada hikmah yang tersendiri...
KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima
anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh
pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks
Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul
Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat
Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan
diambil secara berperingkat.
"Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih
menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala
seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. sumber : sini
*gambar hiasan.
polis yg terlibat ni ada terlibat dgn kes pukul peserta Bersih 3.0 ker?
BalasPadamdengar cerita, polis2 ni mabuk.... dia org jugak ker yg terlibat dengan kes pukul2 peserta perhimpunan Bersih 3.0 itu hari?
BalasPadam