Pengikut

Sabtu, 5 Februari 2011

BONEKA BARU US DI EGYPT?

Sebarang peralihan kuasa yang bakal berlaku tentunya US akan masuk campur demi memelihara kepentingan Israel.
Sekiranya peralihan kuasa itu tidak menguntungkan Israel dan US, pastinya mereka tidak sama sekali menyokongnya..

Amr Mussa juga berminat jadi presiden baru


WASHINGTON: Amerika Syarikat sedang berbincang dengan kerajaan Mesir kelmarin mengenai peralihan kuasa dengan ‘segera’ dan dilaporkan memberi tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak untuk berundur serta-merta.

Amerika sudah ada rancangan supaya Mubarak berundur serta-merta, menyerahkan kuasanya kepada sebuah kerajaan peralihan diketuai Naib Presiden, Omar Suleiman, lapor akhbar The New York Times (NYT), kelmarin.
Laporan itu, yang memetik pihak berkuasa pentadbiran Presiden Barack Obama dan diplomat Arab berkata, rancangan itu menyasarkan untuk mendapatkan sokongan tentera Mesir.

Jurucakap Rumah Putih, Tommy Vietor memberitahu: “Presiden berkata sudah sampai masanya untuk memulakan satu peralihan aman, teratur dan bermakna dengan rundingan boleh dipercayai.

“Kami sudah berbincang dengan pihak berkuasa Mesir pelbagai cara berbeza untuk menggerakkan proses itu ke hadapan, namun semua keputusan perlu dibuat rakyat Mesir,” tambah Vietor.

Secara berasingan, seorang pegawai kanan Amerika berkata: “Adalah salah untuk melaporkan bahawa ada perancangan tunggal Amerika yang dirunding dengan pihak berkuasa Mesir.”
NYT melaporkan, walaupun Mubarak enggan berundur segera, pegawai kedua-dua kerajaan berbincang supaya Suleiman, disokong angkatan tentera Mesir, memulakan proses pembaharuan Perlembagaan. Cuma, belum jelas sama ada Suleiman sudah bersetuju mengambil alih segera.

Akhbar itu berkata, cadangan gesaan kepada kerajaan peralihan termasuk menjemput anggota dari kalangan kumpulan pembangkang meluas termasuk kumpulan diharamkan, Ikhwanul Muslimin, untuk memulakan satu proses pilihan raya bebas dan adil September depan.

Di KAHERAH, Mubarak berkata beliau sedia berundur tetapi bimbang negaranya akan menjadi kucar-kacir ketika penunjuk perasaan sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir menggelarkan protes terbaru sebagai ‘Hari Menyambut Pemergian (Mubarak).’

Pemimpin berusia 82 tahun itu berkata, beliau bosan menjadi presiden dan mahu meletakkan jawatan tetapi keadaan tidak membenarkan kerana bimbang Mesir menjadi lebih kucar-kacir, katanya dalam temu ramah dengan ABC.

“Saya tidak kisah apa yang orang kata mengenai saya. Ketika ini, apa yang saya pentingkan ialah negara. Saya sayangkan Mesir. Saya sedih mengenai apa terjadi semalam. Saya tidak mahu rakyat Mesir bergaduh sesama sendiri. Ikhwanul yang bersalah,” katanya.

Ditanya apa perasaannya, Mubarak berkata: “Saya rasa masih kuat. Saya tidak akan lari. Saya akan mati di bumi Mesir,” katanya.

Di PARIS, pemimpin Liga Arab, Amr Mussa, yang juga bekas Menteri Luar Mesir, menyatakan kesediaan bertanding jawatan presiden walaupun tidak yakin Mubarak akan melepaskan jawatan itu.

Ditanya sama ada berminat untuk bertanding dalam pilihan raya baru Mesir dalam program radio Europe 1, Mussa berkata: “Mengapa tidak? Sudah pasti saya sedia berkhidmat untuk negara sendiri. Saya sedia berkhidmat dan berhak menjadi calon.” – Agensi
sumber : SINI

Jumaat, 4 Februari 2011

HUSNI MUBARAK DAN ISRAEL TERLALU TAKUT...

Kebimbangan Husni Mubarak adalah kebimbangan rakannya juga iaitu Israel...
Apa yang amat ditakuti dan bimbangkan oleh israel ialah parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika Mubarak meletakkan jawatan sekarang.

Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.

Sementara kebangkitan rakyat masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin, Hosni awal minggu ini memberitahu dunia bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya buat penggal keenam September ini.

Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan antikerajaan, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa.

Cerita tentang Mursidul Am Ikhwanul Muslimin :

Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Sami, 67, Mursyidul Am yang kelapan merupakan seorang pakar perubatan veterinar dan kini bertugas sebagai professor di Universiti Beni Suef. Beliau merupakan anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1996 dan menganggotai Maktab Irsyad Antarabangsa sejak 2007. Beliau pernah di penjara beberapa kali termasuk pada tahun 1965, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun bersama as-Syahid Syed Qutb. Keilmuan dan kepakaran beliau mendapat pengiktirafan sehingga termasuk dalam 100 orang teratas dalam senarai pakar Arab yang dikeluarkan oleh Lembaga Informasi Mesir tahun 1999.

Ikhwan mempunyai agenda islah yang jelas dan sentiasa melakukan penilaian terhadap manhaj, peraturan kerja dan pendiriannya, serta melakukan inovasi agar sentiasa bersesuaian dengan situasi dan pemikiran semasa. Keanjalan itu sama sekali tidak bertentangan dengan unsur tetap dan prinsip yang mereka imani selama ini. Ikhwan Muslimin tetap yakin bahawa mereka berada di atas landasan yang betul selama mana mereka bersikap terbuka menerima nasihat

Dr Muhammad Badi’ pula menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin tidak pernah menjadi musuh kepada mana-mana pemerintah, walaupun ada sebahagian pemerintah yang bertindak keras dengan merampas harta, mata pencarian dan menangkap anggota-anggota Ikhwan. Bagaimanapun Ikhwan tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala unsur korupsi yang berlaku dalam segenap lapangan dan tidak bertangguh untuk memberi nasihat dan cadangan demi mengeluarkan negara dari belenggu kemelut yang melanda. Ikhwan Muslimin komited dalam mendidik generasi muda dengan akhlak mulia, pekerti yang tinggi dan sikap suka membantu orang lain, dan kesemua usaha mulia itu tidak lain tidak bukan mendatangkan faedah demi kepentingan watan, rakyat dan negara.

Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Logo jemaah Ikhwan Muslimin.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Pengasas dan Mursyid Am Pertama jemaah Ikhwan Muslimin, Imam Hasan Al-Banna (1906 – 1949).

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999

Khamis, 3 Februari 2011

PROTES DI MESIR :DARAH YANG MENGALIR..




EGYPT: GAYA UNTA TUNJUK HEBAT


Gambar pertembungan 2 puak




LEBIH BAIK ENGKAU ANGKAT KAKI!!!

Dunia Arab diambang perubahan sebenar..
Para pemimpin yang dicucuk hidung dan asyik taat pada arahan Israel memang patut dijatuhkan segera.
Mana-mana pemimpin boneka tajaan barat memang patut angkat kaki..


Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan
Harakahdaily

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera.

Rabu, 2 Februari 2011

TERKINI : MUBARAK UMUM LETAK JAWATAN...TAPI..


Tak ada cara lagi nak lawan dengan suara rakyat.
Terpaksalah bagi janji manis sebelum rebah dan tersungkur.
Hari ini beliau berjanji akan letak jawatan dengan tidak bertanding sebagai Presiden buat penggal berikutnya.
Maknanya buat masa sekarang masih kekal tapi tidak bertanding pada pilihanraya akan datang.
Apa yang dijanjikan itu tidak mematahkan hasrat rakyat yang mahukan beliau berundur serta merta.
Pengumuman beliau disambut dengan cemuhan dan laungan supaya beliau letak jawatan segera, bukanya beberapa bulan akan datang...

Selasa, 1 Februari 2011

KETUK KEPALA ATAU TUMBUK BIJIK MATA?!!

Bila datangnya Nabi datang bawa ajaran Islam, pemimpin arab pada ketika itu sepakat menyatakan Nabi sebagai punca pecah belah d bumi Makkah.
Nabi punca masyarakat arab tidak sependapat dan penyebab huru hara.
Macam-macam cadangan dan pandangan dari kalangan pemimpin pada waktu itu untuk menyekat penyebaran dakwah nabi yang makin berkembang dan diterima baik oleh masyarakat arab yang tiada berkepentingan.

Ada yang cadang supaya nabi dibunuh, dikepung, dipulau, diKETUK KEPALA, dan macam-macam lagi la yang kadang-kadang tu tak terfikir oleh akal yang waras dan tidak nyanyok.
Diwar-warkan juga pada umum betapa pentingnya masyarakat arab tidak terperdaya dengan dakyah dan hasutan yang dibuat Nabi Muhammad SAW.
Digunakan kekerasan, ugutan, cercaan, hinaan bagi membendung masyarakat arab dari mendekati dakwah Nabi...
Akhirnya... segala yang dirancang, segala yang dibuat tidak mampu untuk menyekat cahaya Allah... Sinar agama Allah itu terus bersinar hingga sekarang dan dapat kita rasainya dalam diri dan keyakinann kita terus utuh dan kukuh pada kebenarannya.

hari ini terbaca pulak pasal penyatuan.
Bersatu atas asas bangsa ?
Bersatu atas dasar kenyangkan perut sendiri?
sejarah berulang kembali...

...Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

bacaan lanjut kat SINI

BAWA PULANG SEGERA!!!

Anwar Ibrahim dan keluarkan kenyataan mengesa kerajaan membawa segera pulang pelajar malaysia di Mesir.
Semalam Ketua Pemuda Umno turut sama mendesak kerajaan mengambil langkah sama demi keselamatan pelajar Malaysia di Mesir yang dianggarkan seramai 11 ribu orang.
PAS turut sama meminta kerajaan bertindak seberapa segera sebelum perkara buruk berlaku...


KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Beliau turut berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri.

Daripada laporan yang diterima, kawasan di Alexandria, ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan memandangkan perintah berkurung yang dikenakan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan terlalu sukar.

Selain itu, kawasan Tir’ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran.

Malah, beberapa faktor ketakutan lain antaranya sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara dan dikhuatiri akan berlaku beberapa kes jenayah.

Kesulitan mendapatkan akses komunikasi dan makanan juga adalah antara faktor yang sangat membimbangkan berlaku di negara tersebut.

"Atas dasar keselamatan dan keprihatian ribuan rakyat Malaysia di Mesir, saya mendesak kerajaan Malaysia segera melakukan proses evacuation dan membawa pulang mereka ke negara kita," gesa beliau.
sumber : harakahdaily

Isnin, 31 Januari 2011

Ahad, 30 Januari 2011

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR SETAKAT INI MASIH SELAMAT...

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.
Menurut kenyataan itu, satu pekeliling Nasihat Keselamatan juga dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia bagi mengelak berada di tempat berisiko tinggi tercetusnya rusuhan dan berwaspada setiap masa.
Selain itu, dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata keselamatan pelajar tajaannya di Kaherah adalah terkawal.

Beliau berkata pejabat MARA di Mesir sedang bekerjasama dengan kedutaan Malaysia memantau perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.
Selain itu, ibu pejabat MARA di sini bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra bagi mendapatkan arahan serta nasihat sebelum mengambil tindakan selanjutnya, katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim turut meminta pelajar mematuhi segala arahan dan nasihat kedutaan Malaysia berhubung langkah keselamatan yang perlu diambil, selain mengelak berada di tempat rusuhan serta berisiko tinggi.

Seramai 1,000 pelajar tajaan MARA dalam bidang perubatan dan pergigian mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 019-272 0649 atau 019-388 3121. - BERNAMA

RASMI : PAS MENDAHULUI

Ramai ahli PAS yang mendahului pergi ke Masjid dan Surau untuk solat berjemaah.

Jom, ajak kawan-kawan, member-member, pergi solat berjemaah dahulu.
Tingkatkan amal dan kuatkan pergantungan kepada Allah dan sentiasa redha dengan ketentuannya...

TIDAK RASMI : BN MENDAHULUI

BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387

DUN TENANG : PELUANG BN TERJEJAS

Tpm dah risau.
MB Johor pun risau.
Kerisauan ditambah dengan kekuatiran.
Pas pun risau,

Hujan oh hujan...
Anugerah Allah Taala...

LABIS, 30 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin khuatir hujan lebat yang berterusan hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Ahad, akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan besar daripada pengundi.

"Insya-Allah BN menang tetapi peluang untuk mendapatkan sokongan besar akan terjejas," katanya kepada pemberita di Kuartes Perguruan Labis di sini.

Muhyiddin berkata jentera BN masih berusaha untuk mendapatkan sokongan besar itu dan moral pekerja parti masih tinggi.

Katanya selepas beliau berbincang dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR bersetuju kenderaan seperti milik tentera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk membawa pengundi di kawasan yang dilanda banjir ke pusat pengundian.

Beliau mendapat maklumat bahawa beberapa kawasan rendah di DUN Tenang dilanda banjir dan penduduk yang terjejas sudah dipindahkan ke pusat pemindahan.

"Yang penting sekarang, saya nasihatkan (pengundi) apa-apa keadaan pun selamatkan diri, bila sudah selamat baru boleh pergi mengundi," katanya.

Ditanya khabar angin kononnya pilihan raya kecil itu ditangguhkan kerana banjir, Muhyiddin berkata SPR sudah memaklumkan kepada beliau bahawa perkara itu tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan khabar angin itu sebagai satu lagi contoh taktik kotor pihak tertentu.

Ditanya mengenai peratusan pengundi yang keluar mengundi, Muhyiddin berkata kemungkinan ia lagi rendah kalau cuaca sebegini berterusan.

Terdahulu, Muhyiddin membuat tinjauan di beberapa pusat mengundi seperti Sekolah Kebangsaan Chempelak, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin.

Beberapa jalan utama menghubungkan kampung, kawasan Felda dan taman perumahan di sekitar DUN Tenang terputus kerana dinaiki air.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

-- BERNAMA

AKSI TENANG JADI GELABAH...


Aksi tenang yang hilang...
Bakal tersungkur?
dianggar mempunyai harta AS$40 bilion (RM120 bilion) sedangkan 22 peratus rakyatnya miskin tegar..?
baca kat sini