Pengikut

Jumaat, 7 Mei 2010

SAPA PUN TAK BOLEH PERTIKAI KELAYAKANNYA!!!


Tempat ini dah memang layak untuknya...
Banyak sudah jasa dan budi yg ditaburkan.
Begitu banyak pengorbanan dan penderitaan telah ditanggungnya. Hujan, panas, gerimis, kabus dan mcm2 lagi yg tak pernah org lain alami dan laluinya.
Jangan ada yg nak pertikai atau nak mempersoalkan kelayakannya.
So..semua kena terima dan akur.
Semua kena angguk2.
Tapi takkan takde yg geleng-geleng?

Khamis, 6 Mei 2010

NAK PILIH YANG MANA SATU?!!

Memang dalam kehidupan tidak boleh tidak kita akan berhadapan dengan situasi yg sukar.Keadaan yg tidak dapat dielak sama sekali.
Tiada pilihan kecuali memilih di antara 2 keadaan yg mana kedua-duanya membawa keburukan dan kemudharatan kepada kita.

Berlaku pertembungan 2 mudharat.
Nak pilih yg mana satu?
Kalau mengikut kaedahnya, hendaklah memilih yg lebih ringan keburukan dan kemudharatannya.
Kalau macam ni keadaannya, bagaimana?
Adakah betul ijtihadnya?

*-hehe, buat makan tengahari pun sodap ni...

Rabu, 5 Mei 2010

PERANG ATAU DAMAI?

Banyak pertelingkahan? Banyak sangat pendapat yg merapu2?
Eloklah kembali pada jalan yg lebih baik kesudahannya...

Allah s.w.t. berfirman
"Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)

Ada yg nak...
tapi ramai yg beribu2 dalihnya dgn sebab tak mahu pada petunjuk.

Isnin, 3 Mei 2010

BUKAN SEKADAR PENGAKUAN (3)

Iman menurut Qardawi ialah “amalan seluruh jiwa yang meliputi semua bahagian– bahagiannya mulai dari pengetahuan dalam hati, kemahuan untuk mengamalkan, sehingga melaksanakan kemahuan tersebut”.

Manakala menurut Said Qutb dalam kitabnya “fi zilal Al Quran” menjelaskan bahawa iman ialah kepercayaan hati kepada Allah (s.w.t.) dan Rasulnya, kepercayaan yang tidak ada syak dan keraguan, kepercayaan yan tenang, menetap dan tidak tergoncangkan oleh sesuatu apapun, kepercayaan yang akan muncul darinya jihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta, ketika hati telah merasakan manisnya iman dan ketika iman telah menetap dalam hati, pasti akan mendorong untuk menyatakan hakikat iman pada kehidupan yang nyata, menginginkan untuk menyatukan antara apa yang ada dalam hati tentang hakikat iman dan kehidupan di alam nyata.



Keimanan terhadap rukun iman yang enam iaitu beriman kepada Allah (s.w.t.), malaikat, rasul ,kitab, hari akhirat dan Qada’ dan Qadar menjadi faktor terpenting dalam memantapkan serta mengukuhkan iman dalam jiwa setiap muslim agar dapat merasai nikmat dan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian.

BILA JANDA TUA MENGAMUK

Bila janda tua terasa hati...
Tak kiralah siapa pun yg menyebabkan hatinya terluka, ia tetap dengan pendiriannya...
Hatta walaupun dengan PM sekalipun...

Ikutilah kisahnya:
LONDON - Seorang janda tua yang digelar 'taksub' oleh Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pada minggu lalu menegaskan kelmarin bahawa beliau tidak akan mengundi mana-mana parti dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung pada 6 Mei depan.

Janda itu, Gillian Duffy yang merupakan penyokong setia Parti Buruh sebelum ini turut melahirkan rasa simpatinya kepada Brown ekoran pendedahan media mengenai panggilan yang diberikan kepadanya itu.

"Saya kasihankan Gordon kerana dia akan kehilangan banyak perkara berbanding saya.

"Saya meminta maaf kerana perkara ini berlaku. Namun, anda yang akan kalah, bukannya saya," itulah yang diucapkan oleh Duffy ketika Brown datang ke rumahnya untuk meminta maaf selepas mengelarkannya sebagai seorang wanita yang taksub selepas beliau bertanya banyak soalan kepada Perdana Menteri Britain itu pada Rabu lalu.

Nenek itu menyatakan beliau terkejut dengan kata-kata Brown yang diketahui media kerana mikrofon pada bajunya tidak ditanggal semasa beliau menaiki sebuah kereta selepas menemui Duffy di Rochdale, barat laut England pada Rabu lalu. Duffy bagaimana pun berasa lebih 'sedih' berbanding 'marah' mengenai insiden tersebut.

Apabila komennya itu disiarkan ke seluruh negara, Brown pergi ke rumah Duffy untuk memohon maaf.

Selepas 40 minit, Brown keluar untuk memberitahu wartawan bahawa beliau berasa sangat malu dan menyesal.

"Beliau (Brown) mahu saya keluar dan berjabat tangan di hadapan kamera. Namun, saya tidak mahu melakukannya," jelas Duffy. - AFP
sumber di sini
*-Ini bukan janda tua yg dimaksudkan

Ahad, 2 Mei 2010

PM: SIASAT SECARA TERBUKA DAN TELUS!

Sibu : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu siasatan berhubung insiden remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas, dijalankan secara terbuka dan amat telus.

"Kita tidak boleh bersikap mempertahankan diri kerana orang ramai mahukan jawapannya. Saya pasti polis akan memberi kerjasama penuh (dengan siasatan itu) bagi memuaskan hati keluarga mangsa, yang ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan tengah hari dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran tentera dari Sarawak di Kem Rascom di Briged Infantri Kesembilan di Jalan Ulu Oya, dekat sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada 2 pagi Isnin lepas, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, Shah Alam. Rakan remaja itu sempat melarikan diri.

Ditanya sama ada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perlu meletak jawatan berikutan insiden itu, Najib berkata: "Anda tidak boleh meminta KPN meletak jawatan disebabkan satu insiden yang bukan merupakan tanggungjawabnya secara langsung."

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri dengan terlalu cepat menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa mengetahui fakta sebenar kejadian.
sumber : BERNAMA

*-Gambar hiasan-tiada kena mengena dengan berita di atas

Jiwa tenang bila keluar PKR?!!!

Kita dengar sikit kisah ini. Ini kisah tentang antara ketenangan dan kedamaian menurut penilaian dia...
Soal hati dan perasaannya yg sebenar hanya Allah sahaja yg tahu...
Ikuti pengakuannya:

Dalam perbualan singkat dengannya, beliau mengakui sejak keluar PKR dan jadi Bebas, jiwanya lebih tenang dan lapang serta dapat berdepan pengundi-pengundi di kawasannya dengan lebih yakin.

“Segalanya semakin baik…lebih tersusun. Program bersama rakyat hampir setiap bulan selain hari Isnin, Rabu dan Jumaat yang dikhaskan mereka bertemu saya di pejabat,” katanya.

Badrul Hisham menjelaskan, pengundi-pengundi lebih banyak ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku kepadanya ketika bersama PKR.

Pada Jumaat , barangkali kerana keyakinan kepada UMNO dan pimpinan Najib maka Badrul Hisham secara rasmi menyerahkan borang ahli untuk menyertai UMNO selepas enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Borang keahlian itu diserahkan Badrul Hisham Najib yang juga Presiden UMNOdan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Institut Latihan dan Memperkasa UMNO di Janda Baik.

Dengan kemasukan beliau, kini ada 21 Adun BN dengan 19 daripadanya adalah daripada Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pakatan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum lalu selepas menguasai 36 kerusi DUN iaitu - PKR (15), DAP (13) dan Pas (lapan), manakala BN 20 kerusi. -01/4/2010
Sumber di sini