Pengikut

Sabtu, 7 Ogos 2010

GAMBAR MALAM AHAD


Apa yang menarik pada gambar ini?

BELAJAR SELAGI ADA NYAWA..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...

Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama umat Islam. Perlulah diketahui dan dipahami bahawa ada beberapa perkataan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang mempunyai lebih dari satu maksud.
Dalam kaedah usul fiqh, ianya dikenali sebagai Lafaz Musytarak. Daripada perkataan yang satu ini, ada yang memahaminya dengan satu maksud manakala ada yang memahaminya dengan maksud yang lain.

Contoh yang paling banyak dibicarakan ialah perkataan Quru’ dalam ayat:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci. [al-Baqarah 2:228].

Quru’ mempunyai dua erti, iaitu haid atau suci; dan juga tempoh haid atau tempoh bersih dari haid.
Dalam mengeluarkan hukum dari ayat di atas, para imam mazhab berbeza dalam memahaminya. Malik dan al-Syafi‘e berpendapat bahawa perkataan Quru’ mewakili tempoh bersih dari haid, manakala Abu Hanifah berpendapat ianya mewakili tempoh seseorang itu berada dalam haid. Ahmad dalam pendapatnya yang pertama mengatakan ‘Quru’ itu adalah masa suci kemudian dalam pendapatnya yang kedua mengatakan ia adalah masa dalam keadaan haid.

Dalam contoh ini kita dapat perhatikan bahawa walaupun merujuk kepada satu dalil yang sama, para imam mazhab mempunyai tafsiran hukum yang berbeza. Ini adalah kerana sifat ayat Allah ‘Azza wa Jalla yang adakalanya mempunyai makna yang lebih dari satu.


Bersambung...

Jumaat, 6 Ogos 2010

KISAH BAHAGIA DAN TRAGIS...( Siri 4 )

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kesabaran berhadapan dengan karenah pasangan amatlah penting kerana ianya dapat menyelesaikan banyak masalah yang melanda.

Bila sudah bergelar isteri atau suami, barulah kita dapat tahu sikap sebenar pasangan kita. Memang banyak beza antara sebelum dan selepas kahwin..
Oleh itu.. Berusahalah mengenal sikap negetif yang ada dalam diri kita demi kebaikan dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik pada pasangan kita.

Kisah ini menggambarkan antara berlakon sabar dan kesabaran hakiki.

Ikutilah kisah seterusnya :

Ambang perkahwinan
Makwe : Abang..hari ni kita makan kat kedai mamak nak tak?
Pakwe : Apa class makan kat kedai mamak, kita makan kat hotel la...

Awal perkahwinan
Isteri : Abang..hari ni kita makan kat kedai mamak nak tak?
Suami : ok, best gak kan..

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Abang..hari ni kita makan kat kedai mamak nak tak?
Suami : Awak tak pandai masak ke?

Penghujung perkahwinan
Isteri : Abang..hari ni kita makan kat kedai mamak nak tak?
Suami : hang nikah je la dengan mamak tu...

Begitulah kisah sabar yang hilang.
Redha dengan takdir adalah cara memupuk kesabaran.

Khamis, 5 Ogos 2010

KISAH BAHAGIA DAN TRAGIS...( Siri 3 )

Empat perkara telah dinyatakan Rasulullah dalam mencari dan memilih pasangan hidup.
1- Kecantikan
2- harta
3- keturunan
4- Agama

Dan yang paling utama dalam memilih calon isteri dan suami adalah yang kuat pegangan agamanya...
Nescaya bahagia akan menanti samada di dunia dan akhirat...InsyaAllah...

Ikuti kisah kehidupan berumahtangga bagi siri seterusnya :

Ambang perkahwinan
Makwe : Abang..nanti kita kawin, ayang masak, abang kemas rumah ye...
Pakwe : Lautan api sanggup abg renangi, inikan pula setakat kemas rumah...

Awal perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang masak,abg kemas rumah ye...
Suami : ok..No halnye.. demi isteri tercinta...

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang masak, abg kemas rumah ye...
Suami : Abang penatlah, ayang sajalah yang buat...

Penghujung perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang masak, abg kemas rumah ye...
Suami : Apa kata awak masak, awak kemas,awak buat semua... tak nampak ke abg tengah tengok cerita "duyung" ni?

Begitulah adanya..

Rabu, 4 Ogos 2010

KISAH BAHAGIA DAN TRAGIS...( Siri 2 )

Kisah ini bukanlah untuk dijadikan ikutan atau amalan.Mudahan menjadi iktibar bagi yang mahu mengambil pengajaran.
Nabi pernah mengingatkan tentang kemuliaan dan tingginya martabat seorang lelaki yang sentiasa berbuat baik dengan isterinya.

Kisah 2:

Ambang perkahwinan
Makwe : Abang... Ayang tak pandai masakla...
Pakwe : Merendah diri la bakal isteri abg ni...

Awal perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang tak pandai masakla...
Suami : Iye ke?..takpa, biar abg masak...

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang tak pandai masakla...
Suami : masak je apa-apa pun, abg tak kisah...

Penghujung perkahwinan
Isteri : Abang... Ayang tak pandai masakla...
Suami : Ooo tak pandai?Campak dapur tu dalam tong sampah!!!

Selasa, 3 Ogos 2010

KISAH BAHAGIA DAN TRAGIS...( Siri 1 )

Penting;
Kisah ini tidak melibatkan pemimpin parti politik atau ahli parti politik.
Ianya lebih kepada kisah kehidupan berumahtangga.
Kisah ini juga tidak ada kena mengena dengan yang telah mati atau yang telah meninggal dunia.
Ianya sebagai ruang muhasabah dan menilai tahap kasih sayang kita pada pasangan kita.

Ikutilah kisahnya :

Sebelum berkahwin :
Makwe : Abang sayang, jom kita pergi shopping...
Pakwe : Em..kita ni memang sehati sejiwa..abg baru je nak ajak sayang pi shopping...

Awal perkahwinan ;
Isteri : Banggg...Jom kita pergi shopping...
Suami : Jom... dok umah pun boring gak...

Pertengahan perkahwinan :
Isteri : bang... Jom kita pi shopping...
Suami : Abg penat laa.. ayang pi la naik bas ke, LRT ke, teksi ke, takpun jalan kaki je...


Penghujung perkahwinan :
Isteri : Banggg... ooo bang.. Jom pi shopping..
Suami : Apa shoping- shopping? nak kena lempang?


begitulah adanya...

Ahad, 1 Ogos 2010

KASIH

Kasihnya Allah kepada hambaNya yang melakukan kebaikan

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Apabila Allah mengasihi seseorang hamba , maka Ia akan memanggil Malaikat Jibril dan menyatakan kepadanya : Sesungguhnya Allah menyayangi seseorang hamba , maka Allah dan Malaikat Jibril mengasihi hamba tersebut . Lantas Malaikat Jibril memanggil penduduk langit seraya berkata: Sesungguhnya Allah mengasihi hamba tersebut , maka mereka akan mengasihinya . Seterusnya seluruh manusia akan mengasihinya ...


*-Saling memberi ingatan dan nasihat antara sesama mukmin adalah tuntutan agama

KASIH

Kasihnya Allah kepada hambaNya yang melakukan kebaikan

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Apabila Allah mengasihi seseorang hamba , maka Ia akan memanggil Malaikat Jibril dan menyatakan kepadanya : Sesungguhnya Allah menyayangi seseorang hamba , maka Allah dan Malaikat Jibril mengasihi hamba tersebut . Lantas Malaikat Jibril memanggil penduduk langit seraya berkata: Sesungguhnya Allah mengasihi hamba tersebut , maka mereka akan mengasihinya . Seterusnya seluruh manusia akan mengasihinya .