Pengikut

Sabtu, 18 Ogos 2012

BERAKHIRNYA...

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...
Ramadhan hampir saja pergi meninggalkan kita semua.
Segala amal yang kita lakukan semuanya akan dinilai oleh Allah dan diberi balasan dari sebesarnya hinggalah sekecil-kecil amalan.
Alangkah rugi dan amat malang sekali sekiranya Ramadhan yang datang dan hampir ke penghujungnya ini tidak memberi sebarang peningkatan dalam takwa dan iman kita. Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Apa yang menanti kita ialah dengan kedatangan Syawal.

Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

  Menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”

SELAMAT AIDIL FITRI... MAAF SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG MENGENDALIKAN BLOG INI. SEGALA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH. SEGALA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN ITU DARI DIRI INI. ALLAH PEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan