Pengikut

Rabu, 2 Mei 2012

BUKAN BUKTI...

Walau ramai gak yang hadir, tapi itu bukanlah menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Peserta bersih yang datang itu pun ramai ditaja...

Mai pakat baca lagi :

KEMAMAN, 1 Mei (Bernama) -- Penyertaan belia dalam perhimpunan Sabtu lalu bukanlah menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jelasnya, ramai daripada belia terbabit ditaja oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan, malah lebih memburukkan keadaan apabila mereka hanya bertindak mengikut perasaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Jumlah belia yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kasut jenama Bata kepada 627 ahli Kelab Basikal Fixie Kemaman di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Beliau turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan haram itu kerana perhimpunan yang berkaitan keganasan tidak sewajarnya didedahkan kepada mereka.

-- BERNAMA

Isnin, 30 April 2012

INI YANG DINANTI ANWAR, HJ HADI DAN LIM GUAN ENG

Bila-bila masa saja Parlimen boleh dibubarkan.
Semua parti politik dah paham tentang tarikh pembubaran Parlimen adalah hak istimewa PM Malaysia.
Para pemimpin parti politik dan rakyat seluruhnya hanya boleh membuat andaian dan jangkaan bila ia akan dibubarkan.

Hari ini ada berita yang PM Malaysia 'tak ragu-ragu' untuk panggil PRU-13.
Inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh para memimpin parti politik.

Semua pakat nak masuk gear 5. Maklumlah, enjin dah panas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk beliau memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
Selaku Perdana Menteri, Najib ada keistimewaan untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen dengan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.

Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.
SUMBER : SINI

Ahad, 29 April 2012

BERSIH : SEDIH, KAGUM DAN TIDAK MELATAH

Sesiapa yang pernah kena penangan bom asap, pasti tahu, betapa air mata tak mampu lagi ditahan-tahan.Ia akan meleleh semahu-mahunya. Pedihnya sukar digambarkan.



Ini cerita kesedihan seorang Menteri melihat apa yang telah berlaku :

KUALA LUMPUR - Polis telah menjalankan tugas secara profesional dalam menangani perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang yang bertukar menjadi luar kawalan di sekitar Dataran Merdeka di sini hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau berasa kagum dan bangga dengan polis yang tidak mudah melatah dengan provokasi yang dilakukan kira-kira 20,000 peserta perhimpunan itu.
"Saya sedih dengan apa yang berlaku hari ini, penganjur menjanjikan perhimpunan aman sebaliknya bertukar menjadi tidak terkawal walaupun kerajaan sedaya upaya memberi kebenaran untuk rakyat berkumpul secara aman di tempat yang
disyorkan.
"Mereka masih berdegil ingin mengadakan di Dataran Merdeka," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kejayaan polis menghalang percubaan peserta perhimpunan haram itu menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh penghalang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai semalam hingga 1 Mei.
Hishammuddin kesal dengan pihak penganjur dan peserta yang sanggup memperjudikan keselamatan umum demi kepentingan minoriti seperti mereka.
Katanya, peserta perhimpunan itu perlu 'membayar balik setimpal' apa yang mereka lakukan iaitu menggadaikan keselamatan majoriti orang awam demi menyuarakan hak asasi mereka.
"Saya sedih dengan usaha transformasi kerajaan yang cuba kita bawa, seperti menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, tetapi telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan
mengambil kesempatan mengajak rakyat berdemonstrasi dan mengancam keselamatan awam," katanya.
"Perkara mengenai orang ramai perlu lihat secara teliti, apa yang cuba penganjur katakan perhimpunan ini adalah aman tetapi tidak aman," katanya.
Hishammuddin berkata, bukan perkara mudah bagi kerajaan untuk mencapai keseimbangan antara hak asasi manusia dengan menjaga keamanan negara.
Beliau berkata, perhimpunan hari ini tidak menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam di negara ini dan yakin dengan kemampuan polis menjaga keselamatan awam. - Bernama
COPY KAT SINI
sumber gambar kat SINI

INI BUKAN CERITA HINDUSTANee!!!


Semuanya akan mendapat pengadilan dari yang Maha Adil.
Tiada yang dapat melepaskan diri dan tiada yang mampu memberi helah kerna ketika itu mulut terkunci dan tangan yang akan memberikan keterangan manakala kaki pula menjadi saksi...

Pakat tengok video ini kat SINI dan kemudian buat kesimpulan masing-masing.

Kemudian anda patut baca cerita kat SINI.
Mana-mana yang melampau batas, memang patut dihukum.

Ini pulak peserta demo kena balun cukup-cukup. Kat SINI