Assalamualaikum...
hari ini ada banyak persoalan akan terjawab, mudah-mudahan yg terbaik yg akan kita dengar dan dapat, harap-harap begitulah.InsyaAllah.
Setiap manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, tetapi bagi orang mukmin sebenarnya tidak akan mengulangi sesuatu kesalahan itu berulang kali. Kalau ia terlupa atau tersilap dan terlanjur ia tidak akan mengulangi buat kali kedua dan ia terus menyesal dan bertaubat kepada Allah.
"Diceritakan daripada Abi Hurairah dari Nabi SAW. Baginda bersabda : tidak disengat seseorang mukmin itu dua kali dalam satu lubang "
(Riwayat Bukhari)
Paham dari Hadis :
Didalam hadis di atas Rasulullah saw. menerangkan bahawa orang mukmin yang sebenar itu ialah mereka yang sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada terjatuh kedalam perbuatan maksiat , jika sekiranya terkeliru melakukannya, tidak diulanginya kesalahannya itu pada kali yang lain. Seperti seorang yang berjalan di sebatang jalan , tiba-tiba tampa sengaja dia terjatuh ke dalam lubang. Sudah pasti dia akan berhati-hati bagi kali kedua apabila melalui jalan tersebut. Begitulah jika seorang muslim yang terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat sudah pastinyalah ia akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesilapan dan dosa yang sama
Oleh yang demikian itu hendaklah seseorang itu berwaspada dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perbuatan supaya ia tidak terjerumus dalam melakukan maksiat dan kesilapan berulang kali .
Oleh sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah sekiranya kita terlanjur melakukan sesilapan dan dosa.
Pengajaran Hadis
• Orang mukmin hendaklah menghindarkan diri dari melakukan kesilapan dan maksiat
• Sekiranya terlanjur melakukan kesilapan dan maksiat jangan diulangi kali yang lain
• Hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan kesalahan yang dilakukan
• Orang mukmin tidak mudah tertipu beberapa kali pada kesilapan yang sama.
*keterangan gambar : Sekadar Hiasan dan iktibar.
sekian, wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan