Pengikut

Khamis, 24 Disember 2009

HUKUM UCAP SELAMAT PADA HARI KRISMAS ATAU SELAINNYA

Assalamualaikum.

Ramai dikalangan kita masih belum mengetahui secara jelas tentang hukum mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari Krismas atau selainnya. Berikut disiarkan beberapa pandangan tentang hukum tersebut.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid dalam fatwanya menyatakan seperti berikut :
"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selemat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Cukup jelas lagi terang bukan? mudahan ada manafaat pada perkongsian ini.
Sekian, Wassalam.

1 ulasan:

  1. sy rasa mungkin boleh ditambah sedikit lg info ini supaya orang tidak akan terkeliru :

    erlu diberi perhatian bahawa, mengucapkan Selamat hari Krismas kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakan Tahun Baru dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

    Ini yang jelas bagi saya والله سبحانه أعلم (Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui)

    input ini diambil daripada
    http://dakwah.org/blog/?p=337
    yang telah terjemahkan ayat tersebut dr website
    http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=17894

    BalasPadam