Assalamualaikum.
Kehidupan tidak dapat tidak akan berhadapan dengan pelbagai ujian.
ecara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.
Contoh ujian Allah SWT dalam bentuk nikmat antara lain ialah pangkat, kedudukan, kuasa, kekayaan, kemewahan, sihat tubuh badan, tidak pernah sakit dan mcm2 lagi. Manakala ujian Allah SWT dalam bentuk bala antara lain ialah kemiskinan, kemelaratan hidup, sakit, kematian ahli keluarga terdekat dan lain2. Ada yg mampu mengharungi nikmat ini dengan jaya dan realitinya ramai yg gagal dan kecundang.
Ramai manusia yang hanyut dengan nikmat Allah SWT.Tidakkah terfikir oleh kita kenapa sesudah diberikan dengan pelbagai nikmat, Allah SWT musnahkan pula mereka dan segala nikmat yang telah mereka perolehi.
Perkara inilah yang dinamakan istidraj.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Sebenarnya manusia yang telah diistidraj adalah jenis manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat dosa dan maksiat masih merasakan Allah SWT amat menyayanginya
Mereka memandang hina kepada orang yang kuat beramal soleh. “Dia tu siang malam ke masjid tetapi basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadatnya tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong”. Sebenarnya nikmat yang banyak Allah SWT berikan kepadanya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Ringkasny, Semakin banyak nikmat yang kita perolehi sepatutnya semakin kuat kita bersyukur dan terus menerus mencari keredhaanNya sepanjang hayat.
sekian, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan