Pengikut

Isnin, 9 November 2009

BACUL DAN MALAS

Assalamualaikum.

Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tampa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Nabi pernah berdoa menurut riwayat dari Annas bin Malik :

"Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh"
(Riwayat dari Muslim)


Paham dari hadis ini,Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.

Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya.



Pengajaran Hadis
• Perasaan lemah dan malas bekerja serta kedekut adalah sifat buruk yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
• Hendak hindarkan diri daripada terus berada dalam sifat buruk tersebut.
• Disamping berusaha kita juga perlu berdoa kepada Allah.
• Wajib percaya bahawa adanya azab kubur selepas mati
• Islam adalah agama yang paling agung lagi tinggi sekali.

Sekian, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan