Pengikut

Isnin, 10 Januari 2011

YB KULIM TERKENAL DENGAN ISU MURTAD. DULU-DULU..

Dulu kalau pi dengar ceramah YB Kulim tentang isu murtad, memang terkesan dan berasa insaf dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh YB Kulim.
Hingga mampu menitiskan air mata kerana memikirkan apalah nasib bakal menimpa ummat melayu tanpa Islam.
Betapa hebat dan lantangnya YB Kulim ketika itu...
Masa itu beliau memberi ingatan dan amaran secara terang-terangan...
Barangkali ketika dan waktu ini ia memberi ingatan dan amaran secara sirr.
Penuh hikmah dan tanpa desakan melampau-lampau?

Projek terbaru YB Zul
ALOR SETAR - Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa terdapat perancangan sulit menukar kepimpinan Pas menerusi usaha dikenali ‘Ops Gerhana’ pada pemilihan Jun ini dianggap propaganda terbaru untuk memecah-belah parti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Tenang, Johor tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, dakwaan pemimpin Pas daripada kalangan profesional merancang hendak mengambil alih kepimpinan parti itu daripada golongan ulama tidak benar kerana kedua-dua kumpulan selama ini sudah memainkan peranan tersendiri dengan cukup berkesan.

Menurutnya, kedua-dua golongan itu juga tidak bermasalah untuk berganding bahu sekiranya diperlukan dan menjalin hubungan baik sejak dahulu lagi.

“Dalam Pas, tidak berlaku kronisme dan berpuak-puak, cuma terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab melabelkan kami dengan pelbagai panggilan termasuk Pas Erdogan.

“Saya sendiri berasal daripadagolongan profesional dan sudah lebih 20 tahun bersama Pas. Bagaimanapun sehingga kini tiada masalah bekerjasama dengan golongan ulama dan saya yakin, ini cuma propaganda Zulkifli untuk menjatuhkan imej parti,”katanya.

Ir Phahrolrazi juga tidak menolak kemungkinan Zulkifli diupah oleh Barisan Nasional (BN) untuk mencetuskan propaganda menjelang PRK di mana-mana kawasan berikutan tindakan beliau yang konsisten membuat ‘pendedahan’ setiap kali berlaku PRK.

Menurutnya, Zulkifli juga tidak layak bercakap mengenai Pas kerana beliau bukan orang lama parti, malah dianggap orang ‘buangan’ sebelum bertindak keluar parti.

“Siapa beliau untuk membuat kenyataan mengenai Pas kerana beliau bukan pemimpin lama dalam parti, sebaliknya hanya orang baru yang bertindak keluar parti setelah kecewa agenda peribadinya tidak dipenuhi.

“Saya minta semua ahli Pas tidak terpengaruh dengan propaganda murahan seperti ini dan yakin dengan kepimpinan Pas sedia ada yang menggabungkan tenaga golongan ulama dan profesional,” katanya.
Sumber : sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan