Tentu ada yang tak puas hati dengan perlantikan Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah. Sebab tu Tun Mahathir bagi ingatan hari rabu lepas.
Apa yang boleh dipahami dari kenyataan itu, Ahli Umno dan pimpinan Umno kena kena terima perlantikan tersebut. Jangan la cantas dia pulak.
Umno Perlu Serius Tentang Pemilihan Pemimpin Dalam Parti, Kata Mukhriz
JERLUN, 14 Jan (Bernama) -- Umno perlu serius dalam memilih pemimpin parti kerana sebarang perkara yang dianggap tidak telus, tidak demokratik atau "cantas mencantas" akan memberi kesan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata rasa tidak puas hati akan memberi kesan seperti ahli tidak keluar mengundi, tidak bekerjasama dan yang paling teruk melakukan tindakan yang menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihan raya.
"Kita (Umno) kena serius tentang pemilihan parti bagi mengelakkan perpecahan. Sebab itu tindakan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah satu tindakan yang baik jika berlaku pilihan raya umum dalam tempoh tersebut.
"Tentang jawatan dalam parti, kita kena sedar kita (parti) tak berkuasa di Kedah, jadi tak perlulah berebut-rebut sangat jawatan dalam parti ini. Kalau tak bersatu, tak pilih calon yang sesuai, jangan mimpi nak menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Kubang Sepat di sini Jumaat.
Rabu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan BN mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.
Dr Mahathir berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri ini.
Sementara itu, Mukhriz berkata anggota Umno di Kedah juga perlu akur dengan calon yang dipilih bagi mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang kerana calon yang dipilih adalah mereka yang difikirkan boleh diterima rakyat.
"Kerana itu saya berharap bahagian-bahagian di Kedah supaya mengenepikan masalah yang remeh-temeh kalau nak menang balik Kedah dan tambah kerusi Parlimen.
"Bayangkan betapa mengecewakan kerana satu kes remeh-temeh, kita kalah bukan hanya peringkat negeri tetapi keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah ada perubahan dalam Umno negeri tetapi masih banyak ruang untuk usaha-usaha meyakinkan rakyat supaya kembali menyokong Umno.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan