"Kenaikan tidak membebankan".
Ini antara ungkapan yang selalu rakyat dengar dari pemimpin bila ada kenaikan harga minyak atau barang-barang keperluan.
Itu cakap pemimpin.
Ada ke ahli bawahan Umno yang cakap macam itu?
Kalau tanya penyokong PR, mesti mereka secara tegas menentang sebarang kenaikan. Kerana kenaikan harga memang membebankan.
Jangan ukur pada pendapatan pak menteri atau para pegawai yang bergaji besar!!!
Ukur la pada pendapatan sebenar seorang petani, nelayan, pengawal keselamatan dan orang kampung yang membanting tulang mengusahakan sawah padi?
Bukan setakat bawang yang nak dibeli, tapi kos pelajaran dan perbelanjaan anak-anak, kos sara hidup dan macam-macam ada...
Harga bawang naik mendadak
IPOH – Pengguna dan peniaga semakin bimbang dengan kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian terutama bawang di pasar dan kedai runcit sekitar bandar raya ini.
Kenaikan harga yang tidak munasabah itu menyebabkan ramai pengguna di bandar raya ini merungut dan mempersoalkan kewajaran itu kerana membebankan mereka.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kenaikan harga bawang itu berlaku hampir di semua pasar dan kedai runcit di bandar raya Ipoh.
Peniaga, Nor Asuandy Othman, 30, berkata, bawang kecil yang dulunya dijual pada harga RM2.50 dan RM3 sekilogram kini melambung naik sehingga RM8 sekilogram.
Katanya, sebagai peniaga dia terpaksa memberhentikan pengambilan stok bawang merah kerana harga ditawarkan pemborong terlalu tinggi.
“Saya tidak membeli bawang kecil kerana mahu elak daripada risiko kerosakan bahan mentah itu,” katanya ketika ditemui di pasar Ipoh di sini, semalam.
Bagaimanapun, Nor Asuandy berkata, harga bawang besar sudah menunjukkan penurunan berbanding tiga minggu lalu.
“Tiga minggu lalu harga lima kilogram bawang besar ialah RM20, tetapi hari ini harganya turun kepada RM15,” katanya.
Dia berkata, sayur-sayuran yang lain tidak mengalami kenaikan harga sepertimana berlaku ke atas bawang.
“Selama ini, bawang di import dari negara luar dan apa salahnya jika kita mencari alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.
“Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya pihak berkenaan untuk menjalankan penyelidikan bagi menanam bawang di negara ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Ramlah Tuon, 52, mengambil inisiatif menjual bawang dengan membungkus dalam peket kecil untuk mengelakkan pengguna daripada terkejut kenaikan harga bahan mentah itu.
“Memandangkan harga bawang kecil dan bawang besar naik mendadak, saya menjualnya secara peket kecil supaya pengguna mampu membeli bahan masakan utama itu,” katanya.
Beliau menjual bawang kecil dan bawang besar dengan harga RM2 hingga RM4 dalam peket kecil bagi menarik perhatian pengguna.
Ramlah berkata, dia masih mampu mendapat stok bekalan bawang walaupun ada dalam kalangan peniaga tidak bernasib baik sepertinya.
“Cuma saya bimbang jika harga sayur dan bahan mentah lain akan melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina Februari ini,” katanya.
sumber : sinarharian
bawang tu barangan import..setiap tahun akan ada musim bawang mahal.
BalasPadamkalau dah masuk mahal...mahal lah jadinya...
masa bawang satu bag 8kg hanya rm5.00 tak pula kamu kecoh.
kalau rasa mahal...jangan beli...atau balik kekampong tanam sendiri.
waktu harga mahal la bolih buat duit...
pengimpot bawang ni orang cina...mereka bijak meniaga..
masa nak raya cina ni semua barang mereka main harga..
cari untung lebih..
usahkan harga barang keperluan.
pergi saja kekedai gunting rambut cina(saloon)..jika sebelum ini dikenakan bayaran rm18.00 tapi masa nak raya cina ini dah naik hingga rm30.00.
sebab itu cina meniaga bolih untung.
a'ahh masa 8kg hanya rm5 memang la tak kecoh..
BalasPadamni yang jadi kecoh bila naik sampai rm15-rm20.
Bukan bawang je naik harga, tayar basikal, air mineral,kereta, kuih tepi jalan, macam-macam la senang cakap...
Ini luahan rasa rakyat...rakyat terbanyak yg merasai keperitan.
Memang kerajaan kena buat kempen kurangkan makan bawang kerna boleh sebabkan ketiak busuk dan sebagainya...
Soal keperluan macam minyak masak pun dah cukup. Malaysia pengeluar terbesar minyak sawit, tapi dlm negara nak dapat minyak masaak pun terpaksa kena catu.. tengok tv tau la pasal cerita ini...