Pengikut

Ahad, 9 Januari 2011

SEGERA : KELUARKAN SEGALA WANG ANDA DARI BANK ITU!!!

Buat semua Umat Islam yang prihatin dan sentiasa menjaga diri dari terjebak dengan riba dan unsur-unsur riba kena bertindak segera. Usahlah kita menjadi penyokong, pembantu, penyumbang atau pengikut setia segala bentuk keharaman tersebut.

Baca soal jawab kat bawah ini :

SOALAN:
SAYA SEORANG PEKERJA MAKAN GAJI DAN WANG GAJI DIMASUKKAN KE DALAM BANK. ADAKAH ITU JUGA TERLIBAT DENGAN RIBA?

JAWAPAN :
YA, JIKA ANDA MASUKKAN WANG GAJI DI DALAM AKAUN DI BANK KONVENSIONAL DAN BUKAN KE DALAM AKAUN ISLAM. UNTUK PENGETAHUAN, UNTUK MENGENALPASTI BEZANYA, AKAUN ISLAM MESTI MEMPUNYAI NAMA SAMADA "WADIAH" ATAU "MUDARABAH".

ADAPUN MENYIMPAN DI AKAUN BIASA (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM KERANA MEMBANTU INDUSTRI RIBA UNTUK MENGGUNAKAN WANG SIMPANAN KITA BAGI TUJUAN YANG HARAM. SELAIN ITU, IA JUGA HARAM KERANA PIHAK BANK AKAN MEMBERIKAN interest ATAS WANG SIMPANAN KITA.

JESTERU, DIINGATKAN BAHAWA JIKA ANDA TIDAK MENGAMBIL interest ITU SEKALIPUN, IA TETAP HARAM, KERANA SIMPANAN ANDA DI AKAUN ITU TELAH MEMBANTU BANK KONVENSIONAL ITU MENGGUNAKAN WANG ANDA UNTUK AKTIVITI HARAM MEREKA IAITU MEMBERI PINJAMAN DENGAN MENGENAKAN RIBA KE ATAS ORANG RAMAI.

*SOAL JAWAB MUAMALAT INI ADA TERDAPAT DALAM "MAJALAH SOLUSI"ISU PERDANA M/S 41 YANG DIJAWAB OLEH USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan