Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

MATA, MUKA DAN KEPALA CEDERA DIDERA IBU?

Tekanan perasaan akibat dari krisis rumahtangga antara punca kes dera berlaku.
Dengan perbelanjaan sara hidup yang meningkat turut menjadi penyumbang peningkatan kes.

Iya la, yang sering berlaku,mak ayah bila balik kerja, dengan letih dipejabat dan turut berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, sampai rumah, anak buat hal, mulalah anak jadi mangsa.

Anak-anak terkadang tu saja je merengek-rengek nak dapatkan perhatian dari ibu bapa. Maka bila tak mampu lagi bersabar, maka anak dapat habuan...

Anak-anak adalah anugerah dari Allah, dan ianya adalah ujian bagi kita. Samada kita mampu menghadapinya dengan sabar atau sebaliknya...

Kanak-kanak Lelaki Cedera Di Muka Dipercayai Didera Ibu Sendiri

KAJANG, 13 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun 10 bulan, mengalami kecederaan di seluruh muka, kepala dan mata, dipercayai menjadi mangsa dera di rumahnya di Bandar Sg Long, Kajang, dekat sini, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob Khamis berkata laporan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati mangsa mempunyai kesan lebam di seluruh muka dan kepala serta dipercayai mengalami kecederaan patah tulang di dalam mata sebelah kanan.

Bagaimanapun, mangsa kini sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan susulan di hospital berkenaan, katanya.

"Polis menerima laporan dari hospital tersebut pada Rabu, pukul 12.30 pagi mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang cedera parah disyaki menjadi mangsa dera.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dipercayai didera oleh ibunya sendiri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Beliau berkata ini kerana polis turut dimaklumkan oleh bapa mangsa bahawa isterinya, seorang warga China berumur 32 tahun, disyaki terlibat mendera anaknya.

Azman berkata ekoran dakwaan bapa mangsa itu, polis kemudiannya menahan ibu kanak-kanak tersebut di kediamannya kira-kira pukul 8 malam semalam.

Beliau berkata wanita itu kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sementara polis menjalankan siasatan berhubung motif penderaan kanak-kanak tersebut.

Wanita itu ditahan reman sehingga 16 Jan ini, katanya.



-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan