Hari ini penghulu segala hari.
Hari untuk menghidupkan segala jiwa, rohani dan jasmani tiap insan yang hadir ke masjid dengan mendengar pesanan dan ingatan dari Khatib tentang kemestian bertakwa pada Allah dengan sebenar-benar takwa. Kerana takwalah yang menyelamatkan tiap diri ketika hadir bertemu Allah saat hari perhitungan.
Ini bagi yang dengar khutbah... Kalau datang kemudian tiduq je, memang payah la nak hidupkan jiwa, hati nurani supaya insaf dan sedar tentang peranan dan tugas sebenarnya sebagai khalifah di atas dunia ini...
Mudah-mudahan kita sering sedar dan tahu memcari jalan kebaikan...
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan