Pengikut

Sabtu, 4 Disember 2010

BN (BARANG NAIK ) : APA PESAN PEMIMPIN KAYA RAYA PADA RAKYAT?

Setiap kali ada kenaikan, ini antara hujjah dan saranan yang sering digunapakai...
Dulu dan kini...

Pesan Mereka pada rakyat tentang kenaikan yang tidak membebankan adalah :

- Ubah cara hidup.
Berbasikal


Berenang


Berjogging

- Harga minyak dan barang2 asas lain masih rendah dari negara jiran. Biar harga disini setanding mereka.

- Kenaikan ini tidak membebankan. Rakyat masih mampu makan dengan mewah dihotel-hotel dan masih mampu membayar tol dari utara hingga ke selatan.

- Kenaikan ini mendapat sokongan rakyat ( Buktinya tetap menang pilihanraya )
sokonglah lagi untuk kenaikan yang lebih menjimatkan..
- Kerajaan dapat jimatkan perbelanjaan untuk subsidi dan ini boleh digunakan untuk bagi projek kat rakyat (bukan kroni tapi lebih kepada kenalan ) sebagai contoh, dapat siapkan bangungan 100 tingkat dalam waktu yang ditetapkan. Setiap kenaikan untuk rakyat juga,mungkin lepas ini akan terbina lagi banggunan 111 tingkat pulak.
- Menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam dan kemalangan bas akan berkurangan.
- Inilah bukti kecintaan pemimpin pada yang dipimpin
- Wajib taat pada pemerintah yang bertranfomasi
- Rakyat didahulukan selamanya menanggung apa jua...
- Kenaikan ini meningkatkan sokongan rakyat pada kerajaan.
- Bagus-bagus dan bagus...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan