Orang melayu memang tak guna jika tolak Islam.
Bukan setakat melayu je, Orang arab pun sama..
Bahkan Segala bangsa kat dunia ini semuanya akan menempah kecelakaan Sekiranya menolak kebenaran Islam.
Tak kiralah samada tolak semuanya sekali atau menolak sebahagian dari Islam.
Memang tak guna kerana ada akal tapi tak memikirkan mana yang benar dan mana yang palsu.
Memang tak guna kerana ada mata, tapi tak langsung mahu melihat kebenaran dan mengikut dengan patuh.
Memang tak guna kerana ada telinga, tapi bila datang peringatan dan nasihat tidaklah ia peduli bahkah lari dari mendengarnya.
Tak guna didunia kita jadi tuan, tapi hina kerana degil dan ingkar arahan Allah.
Kisah Bilal seorang hamba berkulit hitam yang menerima Islam dimuliakan Allah sehingga Nabi mendengar bunyi tapak kakinya disyurga patutnya menjadi tauladan pada kita betapa takwa itulah yang akan dihisab di sisi Allah.
Pesan Saidina Omar R.A : "Kita dimuliakan kerana Islam.Sesiapa yang mencari kemulian selain dari apa yang Allah muliakan, nescaya kita akan dihina."
Luaskan dakwah kita pada orang cina,india yang ada ditanah air kita ini. Jangan sampai orang yang bukan Islam nak baca terjemahan ayat Al-Quran pun kita halang dan maki hamun.
Sepatutnya kita hadiahkan senaskah terjemahan Al-Quran kepada orang bukan islam supaya mereka kenal islam melaluinya. Bukan kenal Islam melalui perangai orang Islam yang kuat rasuah, judi, kaki ekor, sumbang mahram, dadah, perlacuran, pembaziran dan macam-macam lagi salah laku yang menyebabkan mereka jauh dari Islam.
Oleh itu, marilah kita mencari hakikat sebenar kemulian. Mulia Melayu kerana Islam. Bukan setakat mulia didunia, bahkan kita mulia dunia dan Akhirat.
*Ini antara perkara penting yang disampaikan oleh khatib jemputan disebuah masjid di kawasan Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan