Pengikut

Selasa, 16 April 2013

IBRAHIM ALI DAN KAWAN-KAWAN KENA BANYAK BELAJAR

Sungguh untung dan sangat beruntung bekas ahli parlimen Zulkifli Nordin kerana mendapat mandat dan kepercayaan dari Dato Seri Najib.
Memang tidak boleh tidak pasti banyak hati yang terluka dengan pilihan tersebut.
Dato Seri Najib tak mampu nak puaskan hati semua orang.
Cuma kenapa Ibrahim Ali dan yang bersamanya, yang terus menerus menyatakan sokongan pada BN tidak diberi peluang dan ruang seperti mana yang diperolehi Zulkifli Nordin?
Pada hemat aku, Ibrahim Ali dan geng-gengnya kena banyak belajar dari Zulkifli Nordin. Ada ilmu yang takde pada Ibrahim Ali tapi ada pada Zulkifli Nordin. Sehingga mampu memikat hati PM dan TPM.

Setakat ni seperti yang dilaporkan oleh berita, sokongan akar umbi pada Zulkufli Nordin amat kuat, utuh dan kukuh sekali.
Khalid Samad  pasti tidak boleh tidur lena kerana berhadapan pilihan yang setakat ini menerima sokongan kiri, kanan, depan dan belakang, atas dan bawah.
 Parlimen Shah Alam memang tempat yang sesuai buat Zulkifli Nordin. Tidak salah pilihan Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak.

Bekas YB Shah Alam kena berusaha lebih gigih, cekal dan tersusun. Calon yang beliau akan hadapi ini adalah calon terbaik setakat ini... hahahahha...
Emm.. hampir terlupa.. Ezam pun ok gak. Tapi tak senarai kerana tiada sokongan seperti mana yang diperolehi Zulkifli Nordin.
Usaha lagi pada pilihanraya seterusnya...

2 ulasan:

  1. Sabar ya Pok Yem. Bertanding atas tiket bebas lah kan ahli perkasa ramai.
    Sokong pok yem bertanding di Shah Alam lawan zul.

    BalasPadam
  2. berahim ali/ezam md.narr/zahrin/hassan akidah/utz.nasaruddin/roslan kassim/wee chee keong....kena belajar dulu hisap kentut Dato najib...dah lulus baru boleh jadi calon BN.Kalau setakat cium bontot Tun mahathir...belum cukup syarat lagi.

    BalasPadam