Memang dah jelas haram bukan hanya setempat.
Adapun keharamannya meliputi seluruh negara dan seluruh dunia.
Tapi kenapa masih ada yang buat?!!
Rujuk Majlis fatwa tentang isu ini...
Kalau macam isu kat bawah ni lagi la :
Tidak perlu haram seluruh negara
PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.
“Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.
“Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif. Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah,” katanya di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.
Harussani dilaporkan berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
“Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuat kuasa. Kalau berkuat kuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti,” kata Mashitah.
Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.
“Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini berkait dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama,” katanya.
Terdahulu beliau melancarkan pra-pelancaran Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia yang mempamerkan keunikan gabungan seni fotografi dan fakta mengenai masjid-masjid di seluruh negara. - Bernama
Link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan