Pengikut

Sabtu, 2 April 2011

TULEN KE CERITA INI? HE HE HE

Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan depa tak nak balas budi ke?
Dapat geran tanah, kemudahan dipertingkatkan dan macam-macam lagi.
Kalau tak percaya tengok tv1, tv2,tv3 sampailah tv9.
Takkan rakyat tak pandai menilai...

Pastu terbaca lak berita tentang sokongan pada PR makin meningkat.
Kalau betul tulen, memang menakutkan pihak-pihak tertentu...

PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".
SUMBER :SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan