Pengikut

Khamis, 31 Mac 2011

TURUN TENGOK RAKYAT DAN BAGI BANTUAN..

Pemimpin kena sering cakna dan cepat bertindak...

KUPANG – Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang mendapat perhatian Menteri Besar apabila turun padang bertemu mangsanya semalam.

Datuk Seri Azizan Abd Razak melahirkan rasa simpati dengan keadaan melanda mangsa banjir di kawasan itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tetap menyediakan peruntukan dalam menghadapi sebarang bencana termasuk banjir.

“Kita belum ada rancangan menubuhkan sekretariat bagi menghadapi banjir seperti yang berlaku di daerah ini memandangkan ia melibatkan peringkat tempatan dan bukan negeri.

“Namun peruntukan kewangan untuk mangsa terlibat tetap ada iaitu bergantung dengan jenis kerosakan yang dialami,” katanya selepas melawat mangsa banjir kilat di sini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah.

Terkini, tiada pusat penempatan dibuka sejak pagi semalam kerana semua mangsa pulang ke rumah masing-masing pada hari kejadian.

Sementara itu, mangsa banjir di Kampung Belakang Panggung Wayang, Hamidah Ahmad, 53, gembira apabila berpeluang menemui Azizan secara bersemuka.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah yang pertama diterimanya walaupun bencana itu kerap berlaku.

“Ini adalah sumbangan pertama yang saya terima sejak mengharungi banjir beberapa tahun lalu.

“Apabila mengetahui Menteri Besar sendiri datang menyerahkan bantuan ini, saya sangat gembira. Saya juga sedih kerana tiada pihak yang membantu selama ini,” katanya.

Seramai lima mangsa banjir dari kampung itu menerima sumbangan daripada Azizan.
sumber : sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan