Pengikut

Isnin, 17 Ogos 2009

1 MALAYSIA : MACAM-MACAM ADA


Assalamualaikum...

Macam-macam ada. Maksudku, Hari-hari yg kita lalui menyaksikan pelbagai hal yg berlaku, macam-macam isu timbul. Kalau nak ulas semuanya jenuh laa...
maka oleh yg demikian marilah kita bersama merenung dan mengambil kebaikan pada peninggalan amat berguna ini.

Diceritakan daripada Abi Hurairah berkata:

sabda Rasulullah s.a.w. :setengah daripada keelokkan Islam seorang itu ialah ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak mengenai atau yang tidak bersangkut paut dengannya.

Nak lebih paham lagi kita renung pula huraian hadis ini:

Ramai orang suka mengambil tahu dan membicarakan hal-hal keburukan orang lain dan yang tidak kena mengena dengannya. Perbuatan sedemikian boleh menimbulkan keadaan buruk hingga membawa kepada pertelingkahan di antara satu dengan lain.

Dalam hadis di atas Rasulullah mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan mempedulikan keburukan orang lain yang tidak ada kena mengena baginya, demi untuk menjaga kesempurnaan dan keelokkan ugamanya. Orang-orang yang suka mengambil tahu dan menyelidik hal-hal orang lain itu sudah tentu akan menimbulkan gejala-gejala yang tidak baik dan akan membawa kepada pertelingkahan.

Oleh itu janganlah kita mencari rahsia orang dan membincangkan perkara-perkara yang tidak ada gunanya bagi kita semoga dengan demikian pegangan kita dengan Ugama Islam akan menjadi lebih sempurna dan lebih elok lagi.

makin nak paham kan? sambung sikit lagi...bab pengajaran hadis.

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadis di atas ialah:

1. Hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada perselisihan di antara sesama sendiri.

2. Kita jangan membincangkan perkara-perkara orang lain yang tidak ada guna bagi kita.

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang tidak baik itu adalah menunjukkan keelokkan Islam seorang itu.

sekadar itu saja ye.
Hidayah adalah dari Allah...

sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan