Oleh : Muhaimin Sulam
1. Dalam kehidupan politik hari ini, pantang sekali tengok orang buat salah dan tersalah. Terlajak sikit, dimaki bertimbun-timbun. Tak dapat batang tubuh orang, bayang-bayang pun dilanyak sakan. Semacam aku seorang sahaja yang tidak bersalah dan salah. Keuntungannya dari kesilapan musuh. Terasa rugi kalau musuh bertindak benar dan betul.
2. Kadangkala mamat tu dah ok, tapi dicari kesalahan anak beranaknya pula. Sampai dicari tujuh jurai keturunan. Cari siapa kawan dia. Apa dibuat masa mudanya.........Alasannya mudah, demi survival politik beb!
3. Pelayar dan penulis blog pun sudah naik marhalah sebagai Murshidul Am untuk semua parti. Kononnya demi perjuangan. Setahun kacang masuk politik, berdegar-degar idea kosong ditabuh. Sebijik saling tak tumpah dengan media perdana yang busuk lagi membusukkan.
4. Yang lebih malang, ramai pula Lebai Malang terkial-kial mengejar kenduri 'maklumat'. Terliur-liur keletihan mengejar seperti anjing kehauasan. Dan kemudian menyalak-nyalak bikin kacau orang mau tidur malam.
5. Selamat malam kalian:
Demokrasi itu sememangnya
Untuk kita memilih berpecah
Yang kita agungkannya
atas nama kebebasan
dan juga kebenaran
lalu kita pisahkan milik sendiri
atas nama perjuangan
siasah ini menyemaikan kebencian
mengelapkan kefahaman
memilikkan kebenaran
jauh untuk berkongsi dengan musuh
jauh sekali untuk
menadah bersama
swansea.uk.
dipetik dari blog : http://muhaiminsulam.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan