Pengikut

Khamis, 14 April 2011

NIAT BAIK PUN DAH DAPAT FAEDAH...CUCUK PUN DAPAT FAEDAH

Isu permilihan muktamar pas tahun ini makin panas.....
Mat Sabu dah bersedia.
Mb Kedah pun dah bersedia.
Makin ramai lagi yang telah bersedia.
Maka makin meriah dan makin menarik. Apa pun, kesedian sesiapa saja yang nak memikul amanah dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab akan diberi ganjaran yang setimpal. Dunia dan Akhirat...
Tidak sama orang yang berjuang dimedan juang dengan orang yang hanya duduk...
Juga tidak sama orang yang memuji kerana Allah dengan orang yang memuji kerna ada agenda...
Ada 2 cerita :
Bandingkanlah...

SATU...

"Saya tidak ada niat bertanding jawatan Presiden Pas," Husam Musa

KOTA BAHARU - Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak berniat untuk bertanding jawatan Presiden Pas
pada muktamar agung parti itu pada Jun depan walaupun menerima pencalonan daripada beberapa cawangan.

Husam juga meminta semua cawangan lain parti itu tidak mencalonkannya lagi untuk jawatan tersebut tetapi akan memikirkan dengan mendalam jika dicalonkan
bagi jawatan lain.

"Kepada semua anggota Pas saya tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan ingin saya nyatakan akan berdiri teguh di
belakang kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan terus menyokongnya bagi jawatan itu.

"Kepada yang telah mencalonkan saya untuk jawatan itu saya mengucapkan terima kasih dan terpaksa menolaknya. Buat masa ini saya mahu bertanding bagi
peringkat anggota jawatankuasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sebelum ini Pas Cawangan Bukit Bintang membuat kejutan mencalonkan Husam bagi jawatan itu.

Pada pemilihan pucuk pimpinan sebelum ini Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan tewas bagi jawatan Timbalan Presiden kepada Nasharuddin
Mat Isa.
Cedok kat SINI

DUA...

Pencalonan Husam bukti ahli mahu perubahan

KOTA BHARU –Tindakan Pas Bukit Bintang mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding sebagai presiden parti itu jelas menunjukkan ahlinya mahu melihat perubahan dalam kepimpinan parti peringkat tertinggi.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pencalonan itu menunjukkan pembaharuan dalam Pas dari kepimpinan ulama kepada lebih profesional.

“Saya bangga jika Presiden Pas orang Kelantan dan bukan Terengganu. Ini kerana Pas dilihat berpengaruh di negeri ini berbanding tempat lain. Pas Kelantan kuat tapi Presiden orang luar Kelantan.

“Sejarah juga membuktikan selama ini kerusi Presiden tidak pernah diduduki rakyat Kelantan. Contohnya Tan Sri Mohd Asri Muda, Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Mohd Noor dan Datuk Sri Abdul Hadi Awang semuanya bukan orang Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejutan yang dibuat Pas Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Husam dalam mesyuarat agungnya untuk bertanding jawatan Presiden Pas dalam muktamar Pas, Jun ini.

Mesyuarat itu juga dikatakan memutuskan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk bergandingan dengan Husam bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ditanya kewajaran Husam jika dipilih sebagai Presiden, Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, bekas Naib Presiden Pas itu sememangnya menjadi individu kepercayaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Husam juga calon muda dan bervisi mengenai royalti minyak yang tiada pada orang lain walaupun isu itu hanya khayalan semata-mata. Pencalonan beliau oleh Pas Bukit Bintang, iaitu Pas bandar yang rapat dengan DAP menunjukkan mereka mahukan pembaharuan,” katanya.
Cedok kat SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan