Pengikut

Sabtu, 16 April 2011

BARU JE MENANG : TAK KAN NAK BINCANG BAB UNDUR DAH KOT?...

Cepat betul ulasan Ketua Pemuda. Jangan la kalut sangat..
Baru je keputusan rasmi diumumkan...Menang pula dengan majoriti agak besar.
Banyak lagi perubahan yang belum sempat dilakukan...
Rakyat masih perlukan khidmat dan kudratnya.
Lagipun masih kuat dan belum bertongkat..
tunggu la lagi penggal seterusnya...

Peralihan kuasa: BN perlu tunai janji ganti Taib segera, kata Khairy

KUALA LUMPUR, 16 April – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan perikatan itu mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno melahirkan pendirian ini ketika keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN berjaya memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri bumi Kenyalang itu.

BN dikatakan memperoleh sehingga 51 kerusi sementara Suruhanjaya Pilihan Raya hanya mengumumkan keputusan satu kerusi iaitu Bukit Saban secara rasmi setakat pukul 7 petang ini.

Pengundian ditutup 5 petang tadi. Sebanyak 71 kerusi dipertandingkan.

“Nampak gaya BN menang (di) Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi bahan kempen dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ini.

Pembangkang menggesa Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Sementara Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri, Taib pada keesokan hari berkata ia akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.

sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan