Menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Menolak secara jelas lagi terang atau tersembunyi dan beragenda. Adakah ini menunjukkan keimanan kita yang sebenar? Adakah ini menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kita pada Baginda?
Moga-moga kita segera menerima ketetapan Allah dan Rasulnya dan bersedia berubah demi Allah dan Rasulnya serta keyakinan kita tentang adanya hari kebangkitan.
Dengar Perutusan dan nasihat dari Perdana Menteri sempena Maulidur Rasul :
Rasulullah ikon terbaik: PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan Rasulullah SAW dan beliau gembira ia masih terus disambut di Malaysia.Beliau berkata, sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun dan sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW.
“Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
“Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 1Malaysia, 1Ummah, sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia. Maka sirah Rasulullah SAW membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah,” katanya menerusi perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah esok di laman blognya.
Menurutnya, justeru, kekuatan berpaksikan perpaduan itu menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini.
“Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Mesir, telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 pelajar dan rakyat kita di sana. Bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan.
“Meskipun berhadapan cabaran dan halangan, namun usaha membawa rakyat Malaysia keluar daripada Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini. Namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita meneruskan misi tersebut kerana yang pentingnya ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana. Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi. Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah SWT, iaitu baginda Rasulullah SAW,” katanya.
Beliau mengajak rakyat menjadikan sambutan ini sebagai pemangkin melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1 Ummah yang progresif.
Sumber : sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan