Kena nyatakan secara jelas.
Siapa yang terlibat dalam penganjuran konsert tu.
Pas atau PKR atau DAP?
Kalau boleh buat demo...
Lagi satu bantahan tu kerana apa?
kerana agama atau kerana tarikh je?
Penduduk, Perkasa bantah tarikh konsert
PANTAI REMIS – Pemilihan tarikh penganjuran konsert Santai 60an pada 13 Februari depan tidak disenangi penduduk dan ahli Perkasa Cawangan Pantai Remis, di sini kerana dianggap tidak menghormati sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 15 Februari.
Setiausaha Perkasa Cawangan Pantai Remis, Sabaruddin Murrad berkata, kebanyakan penduduk telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada pihaknya mengenai pemilihan tarikh konsert itu.
Menurutnya, tarikh konsert itu dianggap tidak bersesuaian kerana menggambarkan sikap tidak menghormati sambutan bulan kelahiran Nabi Muhammad.
“Adalah “Kita tidak menghalang konsert itu diadakan namun seeloknya tarikh konsert itu ditunda ke satu bulan yang lain bagi menghormati semua pihak terutama penduduk di kawasan ini sendiri yang tidak bersetuju konsert diadakan pada tarikh berkenaan,” katanya.
Bagi seorang penduduk, Zainal Abidin Che Mat, 56, berkata, pihak penganjur sepatutnya lebih peka terhadap tarikh yang dipilih.
Menurutnya, pengisian sepanjang Maulidur Rasul ini sepatutnya diisi dengan pelbagai aktiviti yang menjurus aspek keagamaan.
“Kita minta mereka segera ubah tarikh konsert berkenaan dan tunda ke satu tarikh yang lebih sesuai, seeloknya tidak diadakan sepanjang Februari ini,” katanya.
Zainal berkata, meskipun maklum mengenai kos dan persediaan penganjuran konsert itu telah diatur, perubahan perlu dilakukan bagi memelihara sensitiviti masyarakat setempat.
Beliau berharap, pihak penganjur segera melakukan tindakan sewajarnya berikutan hampir majoriti penduduk telah menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert itu, di sini.
sumber : sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan