Macam mana jika perkara ini berlaku kat kita?
Pasti ianya akan memberi kesan pada kehidupan kita.
Rasanya kes macam ni dah banyak kali dilaporkan...
KUALA KANGSAR - Seorang pembantu kedai makan, Zuraida Abd Rahman, 49, terkejut apabila menerima surat daripada pihak berkuasa meminta dia menjelaskan saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju sedangkan dia tidak pernah melakukan kesalahan itu.
Lebih mengelirukan apabila surat saman itu dikeluarkan menggunakan nombor pendaftaran keretanya, Perodua Kancil sedangkan berdasarkan surat berkenaan, rekod kesalahan dilakukan oleh sebuah MPV.
Zuraida berkata, beberapa hari lalu dia menerima surat saman ketika berada di pejabat pos yang menyatakan dia melakukan kesalahan lalu-lintas memandu laju di Kilometer 23 Jalan Ipoh menuju ke Lumut.
Menurutnya, kesalahan yang dinyatakan adalah mustahil dilakukannya kerana dia tidak pernah melalui jalan itu pada 3 Disember lalu sepertimana kesalahan yang direkodkan melalui surat berkenaan.
“Berdasarkan surat saman ini, kesalahan dilakukan kenderaan jenis Toyota Avanza pada jam 9.57 pagi dikesan memandu pada kelajuan 106 Kilometer sejam melebihi 90 kilometer had laju ditetapkan di laluan itu.
“Berdasarkan rekod, MPV ini menggunakan nombor pendaftaran kereta saya dan ini menyebabkan saya terkejut kerana saya tidak pernah ke sana, malah sedang sibuk bekerja ketika itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Pekan Kuala Kangsar, di sini, kelmarin.
Zuraida berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Kangsar supaya saman yang dikeluarkan dapat dibatalkan.
“Saya risau sekiranya nombor pendaftaran kereta saya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah atau sebagainya.
“Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini akibat kesilapan ini saya juga enggan dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan, oleh itu saya segera membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, dia kesal dengan kesilapan seumpama itu dan berharap ia tidak berulang kepada orang lain kerana boleh mendatangkan kesan buruk.
sumber: sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan