Rakyat mampu bangkit mempertahankan hak masing-masing.
Gelombang kebangkitan rakyat adalah suatu yang amat menakutkan para pemimpin.
Mana-mana pemimpin yang zalim dan menindas rakyatnya tidak selamanya akan kekal...
Sampai satu masa, rakyat akan bangun dan bertindak..
Adakah mesir akan turut sama berhadapan situasi itu?
3 maut demonstrasi anti-Mubarak di Mesir
2011/01/26
KEHERAH: Tiga dilaporkan maut selepas tercetus protes besar-besar membabitkan lebih 10,000 orang di ibu negara Mesir dan beberapa wilayah bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas mendapat inspirasi kebangkitan rakyat Tunisia, baru- baru ini.
Dua peserta perhimpunan, Ahmed Soliman Gaber dan Mustafa Ragab, meninggal dunia di bandar Suez selepas berlaku pertempuran antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan.
Seorang anggota polis, Ahmed Aziz, pula meninggal dunia selepas cedera parah di Kaherah apabila lebih 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir untuk menuntut Mubarak berundur selepas lebih 30 tahun berkuasa.
Di beberapa bandaraya termasuk Cairo dan Suez, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mula bertindak ganas, termasuk membaling batu.
Perhimpunan itu dianggap terbesar dalam sejarah Mesir yang padat penduduk itu sejak insiden penunjuk perasaan pada 1977.
Lebih 20,000 hingga 30,000 anggota polis sudah dikerah untuk berkawal di tengah Bandaraya Kaherah apabila penunjuk perasaan berarak dengan membawa sepanduk yang mahu rejim pemerintahan sekarang digugurkan.
Berdekatan bangunan Parlimen pula, polis terpaksa melepaskan meriam air apabila penunjuk perasaan mula membaling batu. - AFP
sumber : sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan