Pengikut

Rabu, 19 Januari 2011

Agenda Rosmah untuk masa depan..

Masa Depan Asia, Agenda Rosmah Seterusnya Di Dhaka

DHAKA, 18 Jan (Bernama) -- Bangladesh yang sedang dihimpit kemelut ekonomi, akan mengorak langkah pada tahun ini untuk masa depan Asia, menjemput para intelektual dari seluruh dunia untuk membahaskan mengenai kemiskinan, keselamatan, tadbir urus dan alam sekitar -- tema utama yang dihadapi rantau berkenaan.

Di Dhaka, ibu negara Bangladesh, isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor akan menyertai kumpulan tokoh-tokoh terkemuka seperti bekas Wanita Pertama Jepun, Akie Abe dan Cherie Blair, peguam hak asasi manusia terkemuka Britain, untuk membincangkan mengenai masa depan rantau itu.

Beliau akan menyampaikan ucaptama pada simposium anjuran Asian University for Women (AUW) bertema "Imagining Another Future for Asia: Ideas and Pathways for Change" (Bayangkan Satu Lagi Masa Depan Asia: Idea dan Jalan Bagi Perubahan).
*(gambar sekadar hiasan.)

"Objektif kami ialah untuk menarik perhatian terhadap perbezaan besar di Asia dan mendapatkan kerjasama lebih luas di kalangan negara-negara Asia.

"Sesetengah negara di Asia amat berjaya seperti Malaysia, manakala sesetengah lagi negara seperti Bangladesh, masih bergelut.

"Kami mahu menghantar mesej kepada pemimpin-pemimpin dunia bahawa masa depan akan membabitkan generasi muda, separuh daripadanya ialah wanita. Dan, pendidikan dan kesamarataan adalah kritikal dalam menyelesaikan masalah-masalah," kata Pengasas dan Pemangku Naib Canselor AUW Kamal Ahmad kepada Bernama pada Selasa.

Selepas melakukan lawatan ke beberapa ibu negara di Timur Tengah awal bulan ini, Rosmah akan tiba di Dhaka, untuk membincangkan mengenai masalah yang dihadapi negara-negara Asia, rantau yang merupakan tunggak kepada pertumbuhan ekonomi tetapi pada masa yang sama penduduknya berdepan dengan pelbagai masalah dan bencana, sebahagian besarnya akibat ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pertumbuhan populasi.

Membasmi kemiskinan dan buta huruf, pengagihan kekayaan secara tidak seimbang dan melindungi alam sekitar serta pelbagai masalah mendesak yang lain, adalah antara ciri-ciri Asia, disebalik pelbagai kisah kejayaan ekonominya.

Bank Pembangunan Asia yang berpejabat di Manila menganggarkan 1.7 bilion penduduk hidup dengan pendapatan harian bawah US$2 (RM6) di seluruh dunia, dan dua pertiga daripada penduduk miskin dunia terdapat di rantau Asia dan Pasifik.

Rosmah akan melawat Dhaka, yang juga sedang dihimpit masalah ekonomi, dari 19-20 Jan bersama-sama 30 anggota delegasi Malaysia.

Atur cara lawatan beliau termasuk perjumpaan dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Blair.

Datin Paduka Marina Mahathir, komentator terkenal Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam simposium itu.

AUW yang terletak di Chittagong, institusi pengajian tinggi khusus untuk wanita, akan menganjurkan simposium antarabangsa selama tiga hari itu bermula 20 Jan di Dhaka.

sumber : BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan