Pengikut

Ahad, 16 Januari 2011

RAMAI YANG BERSANDING : USTAZ TUKANG BACA DOA?

Katakanlah @ Seandainya ada pemimpin tempat anda atau pemimpin tempat lain yang menjemput anda menghadiri majlis persandingan, adakah anda akan hadir?
Katakanlah anda seorang mufti atau pegawai agama Islam yang dilantik kerajaan, kemudian dijemput menghadiri majlis persandingan pemimpin besar@atasan, dan anda ditugaskan sebagai pembaca doa. Apa tindakan yang patut anda buat? hadir atau buat helah supaya tak dapat hadir?
Bagaimana pula dengan rakyat yang beragama Islam yang dijemput menghadiri majlis persandingan? Nak pi atau tak?

Mula-mula baca apa kata JAIS berkenaan HUKUM BERSANDING.

SATU :

Assalamualaikum wrm wrbt.

Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan.

  1. Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

  2. Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-
    i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.
    ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.
    iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara'.
SUMBER :SINI

DUA :
Nak tahu pula hukum menghadiri majlis persandingan?


Ingin bertanya kepada panelis-panelis Al Ahkam sekalian, maklumlah sekarang ni kan ke musim orang membuat kenduri kahwin.

Persoalannya ialah wajarkah kita menghadiri kenduri kahwin yang di dalam aturcara majlisnya ada tertera majlis persandingan. Walaupun kita tidak "menonton" majlis persandingan tersebut, tetapi bukankah kita sama-sama meraikan majlis yang ada unsur-unsur maksiat?
Apakah pandangan syara' di dalam hal ini?
Wassalam
_________________


Salam

Ulama’ khilaf dalam hukum memenuhi jemputan walimah. Mazhab syafi’I mengatakan ianya wajib. Kewajiban ini gugur jika terdapat alasan yg kukuh utk tidak menghadirinya. Namun, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan pendapat yg kukuh hukumnya sunat sahaja. Dalil yg mengatakan wajib adalah hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yg bermaksud,

“Apabila kamu diundang menghadiri walimah, maka hendaklah kamu datang.”

Dalam hadis lain pula;

Abu Hurairah berkata, “Seburuk2 jamuan adalah jamuan walimah yg mana hanya org kaya yg dijemput sedangkan orang miskin disisihkan. Dan barangsiapa yg tidak memenuhi jemputan walimah telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.”[HR muslim]

Ulama’ juga telah menggariskan, sekiranya majlis itu dicampuri dgn perkara maksiat, maka gugurlah kewajiban tersebut. Ibn Mas’ud telah berkata, “Sekiranya hanya orang kaya yg dijemput dan org miskin tidak, kami telah diarahkam supaya tidak memenuhi jemputan itu.” Ibn Bataal berkata pula, “Sekiranya tuan rumah membezakan antara org kaya dan miskin melalui pengsiangan tempat duduk, itu tidaklah mengapa. Ibn Umar berbuat demikian.”[Fathul Baari 9/245]

Dalam persoalan sdr, upacara persandingan yg disertakan dgn adat lain mmglah perkara yg telah diketahui umum akan bid’ahnya. Ttp bagaimana hukum menghadirinya. Berdasarkan fiqh syafi’I, maksiat menggugurkan kewajiban utk menghadiri majlis walimah. Maka, tidaklah wajib utk sdr mnghadirinya. Ttp, perlu juga kita mengambil kira faktor lain. Antaranya, adakah ketidak hadiran kita boleh membawa kpd pepecahan atau pertelingkahan antara sahabat/keluarga. Saya berpendapat, sdr penuhilah jumputan itu. Ttp janganlah pergi ketika upacara persandingan itu diadakan. Ini utk menolak mudharat yg mungkin akan wujud. WA.

Wassalam

RUJUKAN

400 Soal Jawab Nikah Kahwin
Hj Said hj Ibrahim

The Fiqh of Marriage in the Light of the Sunnah
Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan
Translated by Jamal al-Din M.Zarabozo
SUMBER : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan