Pengikut

Selasa, 7 Disember 2010

BERITA YANG MEMBERI HARAPAN : MACAM KES MINYAK JUGA

Sebelum baca berita kat bawah ni, adalah dinasihatkan semua pakat baca keratan akhbar ini :Untuk lebih paham dan kenal dulu siapa yang membuat kenyataan tersebut.
Barulah penilaian kita lebih terarah dan tahu apa natijah yang rakyat akan dan sedang terima... layannnnnn

yang ini pun lebih kurang sama gak, cuma akhbar yang berlainan:


Setelah itu baru baca berita yang menyejukan mata, telinga, hati dan tubuh badan manusia yang masih menjadi penyokong setia mereka...
Berbaloi-baloi bukan?

KUALA LUMPUR: Harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan juga masih mengekalkan subdisi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.
"Setakat ini, tidak ada perbincangan untuk menaikkan harga gandum, beras dan minyak masak. Tapi kita tidak boleh kata, tidak akan ada kenaikan, bukan jaminan.
"Tapi perkara ini juga akan mengikut keadaan kerana setakat ini, kerajaan menanggung kos yang agak tinggi kerana gandum terpaksa diimport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kedai harga patut 2010 di sini hari ini.

Mengenai penyelarasan harga gula, petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) baru-baru ini, Ismail Sabri berkata siri perbincangan akan dijalankan dengan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan tertentu bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak berpatutan.

"Kita akan terus berbincang dan akan dijalankan dengan secepat mungkin bagi menangani kenaikan harga barang yang melampau yang boleh membebankan pengguna," katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 441 premis daripada 20 kategori telah dipilih untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut merangkumi kategori antaranya barang kulit/kasut/beg, barangan elektrik dan elektronik, barang kraftangan dan antik, batik/songket, kamera dan jam tangan.
Restoran Ukhuwah Rakyat 1Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah khas Kedai Harga Patut yang menyediakan hidangan makanan pada harga RM1.

Ismail Sabri berkata, anugerah dan pengiktirafan yang diberi itu boleh ditarik balik sekiranya didapati premis-premis berkenaan gagal mengekalkan prestasi mereka sebagai Kedai Harga Patut.

"Kita akan sentiasa memantau dan sekiranya didapati kedai itu tidak lagi patuh kriteria yang ditetapkan, kementerian boleh tarik balik dan batalkan sijil itu bila-bila masa.

"Sebab itu, kita menggalakkan peniaga terus kekal dan patuhi kriteria yang dimenangi. Selagi ikut kriteria, plak dan sijil akan kekal di premis mereka," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan