Pengikut

Khamis, 9 Disember 2010

IKUT SYAITAN SEJAK AWAL TAHUN LAGI..

Membuat amal sebelum mati.
Bila dah mati tak boleh lagi nak beramal soleh.
Kat dunia memang banyak amal.
Tapi amalan syaitan juga yang jadi pilihan.
Ini sebahagian darinya :

ALOR SETAR: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan 10 pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel murah di sekitar bandar raya ini dalam 'Operasi 3/1' yang dijalankan sebagai menghormati sambutan Maal Hijrah, kelmarin.

Operasi yang bermula jam 2 petang sehingga 8 malam itu disertai 28 anggota penguat kuasa JAIK dan tertumpu di sekitar hotel murah di Jalan Pegawai, Simpang Kuala, Shahab Perdana dan Jalan Lencong Barat, di sini.
Ketua Operasi JAIK, Md Nasir Md Dali, berkata mereka yang ditahan berusia 14 hingga 32 tahun dan tiga daripada mereka adalah pelajar universiti, dua pelajar sekolah manakala selebihnya bekerja di sekitar negeri ini.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Kebanyakan pasangan memberi alasan hanya menumpang di bilik hotel yang diserbu itu untuk berseronok dan kita terpaksa membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, seorang gadis berusia 18 tahun tiba-tiba diserang sawan ketika disoal siasat anggota penguat kuasa JAIK kerana disyaki berkhalwat dengan pasangan di sebuah motel di Jalan Kilang Tebu di sini, kira-kira jam 5 petang.

Gadis yang berasal dari Tongkang Yard di sini, itu dikatakan merentap mulutnya sehingga berdarah menyebabkan anggota penguat kuasa terpaksa meletakkan sudu untuk tujuan keselamatan ke dalam mulut untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
“Kami terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan gadis itu kemudian dimasukkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Kita akan menahannya sejurus keluar dari wad kerana dia disyaki berkhalwat bersama pasangannya berusia 31 tahun di motel itu. Bagaimanapun, pasangannya sudah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan keluarga malam kelmarin," katanya.

Md Nasir berkata, di motel sama, pihaknya turut menahan dua penuntut tahun akhir sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disyaki berkhalwat, kira-kira jam 5.15 petang.

Beliau berkata, penuntut wanita berusia 19 tahun itu memberi alasan tinggal seorang diri di situ kerana baru pulang dari bercuti di rumahnya di Johor, manakala teman lelakinya yang berasal dari sini hanya datang untuk menemaninya.

“Ketika serbuan pintu bilik mereka dalam keadaan tertutup rapat dan apabila diketuk mereka mengambil masa yang lama untuk membukanya.Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
sumber : SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan