Pengikut

Khamis, 23 September 2010

SAPA SILAP? KARPAL @ MAJLIS PEGUAM?

Semalam tengok dalam berita kat tv ada sidang akhbar oleh Majlis peguam.
Dalam sidang akhbar tu ada la beberapa perkara yang disebut.
Arini terbaca lak peguam ni pulak buat kenyataan.
yang mana betul atau yg mana silap tak tau la...masing2 peguam..

baca cerita ni kat sini

Peguam veteran Karpal Singh mencabar kenyataan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak boleh bertindak ke atas kehidupan peribadi peguam yang di bawah naungannya.

Sambil mengingatkan bahawa kerjaya seseorang peguam sepatutnya memberi keyakinan tinggi kepada orang awam, Karpal yang juga pengerusi DAP berkata adalah menjadi tanggung-jawab Majlis Peguam menapis mereka yang berperangai buruk.

"Mana-mana peguam yang mendatangkan keburukan kepada profesion undang-undang, harus tidak disenaraikan. Majlis Peguam sepatutnya bertindak apabila ada bukti bahawa kehidupan peribadi seseorang peguam itu telah menjadikan kerjaya peguam itu sesuatu yang jijik dan buruk.

"Majlis Peguam tidak boleh dan tidak sepatutnya mengabaikan tindakan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Karpal berkata Seksyen 94(3) Akta Profesion Peguam memperuntukkan tindakan berhubung salah-laku terhadap kehidupan peribadi peguam.

Peguam yang mempunyai 41 tahun pengalaman itu juga membidas Majlis Peguam kerana gagal bertindak meskipun ada bukti terhadap salah-laku ahlinya.

"Adalah jelas ada seorang peguam di senarai itu, yang mana kehidupan peribadinya diragukan - Mahkamah Rayuan juga mendapati beliau adalah pelakon lelaki yang dipaparkan di sebuah pita lucah.

"Namun, Majlis Peguam hanya membisu dan terlupa untuk membersihkan pencemaran di senarai itu,” kata Karpal yang jelas merujuk kepada bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Dewan Rakyat, DP Vijandran.

Vijandran, adalah bekas setiausaha agung MIC dan seorang peguam yang terus berkhidmat sehingga hari ini.

Menurut Karpal, peguam yang didapati bersalah dan telah dipenjarakan hanya boleh diterima oleh Majlis Peguam dalam keadaan luar biasa bagi “mengekalkan imej murni badan itu yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.”

Katanya lagi, majlis itu tidak sepatutnya mengecualikan kehidupan peribadi peguam daripada tindakan meskipun mempunyai bukti terhadap salah-laku mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan