Pengikut

Khamis, 23 September 2010

JANGAN SOMBONG ZAID !!! KATA AZMIN ALI

Makin panas nampaknya isu pemilihan jawatan dalam PKR
macam-macam hal.
Makin hari makin terserlah kehangatan kempen mencari tempat dan pangkat atau berlumba-lumba nak pikul amanah.
tak berkenan ke sistem Syura?
Masalah akan timbul bilamana amanah kepimpinan itu diberi kepada yang bukan ahli.
Memang akan hancur dan saat kemusnahan akan tiba...
Beringat sebelum punah!!

hari ni Azmin Ali pulak balas : baca kat sini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.

"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

Syed Husin: Dia macam cili, dia rasa pedas

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini hari ini, Azmin juga berkata, Syed Husin telah terlibat dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan lebih sedekad lalu, termasuk merengkok dalam penjara lebih lapan tahun.

"Janganlah orang baru seperti Zaid ini menyinggung perasaan seorang pemimpin lama yang telah diuji dalam perjuangan ini," kata Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Azmin lagi, berbeza dengan Syed Husin, "dia (Zaid) tak faham apa makna perjuangan".

"Sebab itu saya nasihatkan supaya beliau melihat kembali kepada Pengisytiharan Permatan Pauh. Baca, hayati, jangan sombong dan angkuh. Jangan ingat kita tahu semua. Hentikan sikap ego," katanya.

Pengisytiharan Permatang Pauh pada 12 September 1998, sebelum Anwar ditahan kali pertama, dianggap sebagai asas kepada ideologi dan dasar-dasar penting bagi pembentukan PKR.

Dengan nada tenang, Azmin bagaimanapun mengajak semua pihak supaya bermuafakat dan berbincang penuh semangat kekeluargaan berhubung perkara itu.

"Kalau benar beliau mengeluarkan kenyataan itu, saya minta supaya beliau tarik balik dan tidak meneruskan tindakan seperti ini yang amat memalukan anggota dan pemimpin dalam PKR yang telah lama bersama Syed Husin Ali," katanya.

Sementara itu, mengulas wawancaranya yang mengundang pelbagai reaksi itu, Syed Husin hanya mengucapkan terima kasih atas pujian dan kejian terhadapnya.

"Terima kasih banyak. Untuk yang istimewa: Dia makan cili, dia rasalah pedasnya!" katanya tidak menyebut secara langsung individu itu.

2 ulasan:

  1. PKR bakal karammmmm...

    Nampak sgt juak2 pembangkang ni sebenarnya giler kuasa, dulu kat Hulu Selangor bukan main lagi peluk cium,puji melambung2,pertahan bagai nak mati, last2 nak bertanding jawatan timbalan jer pun dan kecoh bagai nak runtuh..
    Bertanding jer la paer nak kutuk2, takut2..bodo..kononnya demokrasi..
    Dulu kutuk sgt UMNO..sekarang korang telan la balik ludahan serta kahak2 hijau tue balik..
    Samer jer korng ni..gier kuasa smuanya..bukan nak perjuangkan rakyat, perjuangkan perut sendiri jer..

    Haaikk ptuihh!!!!..

    BalasPadam
  2. tiap kaum itu ada ajalnya.bila tiba ia tidak lewat atau cepat.
    apa jua hal bila ketepikan agama dan mengejar nak jadi pemimpin kerana nak kemegahan dan kemewahan akan berlakulah seperti mana yg berlaku pada pemimpin masa kini. Allah tidak akn mengurangkan pahala bg yg berjuang kerana Allah.akan ada tiap zaman mereka yg ikhlas berjuang menegakkan agama Allah.

    BalasPadam