Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

KISAH 23SX :MALAM JUMAAT


Malam itu malam Jumaat. Ahmad Albab ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai Tujuh orang anak. Tiga daripada mereka masih kecil. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Ahmad Albab pada Soleha Salwani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Ahmad Albab, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah memakai songkok hitam bersepuh habuh kelabu, dia mendapatkan Kitab al-quran di atas rak dan sebelum itu meminum seteguk air sejuk bagi menghilangkan haus, maka Ahmad Albab pun bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya..

Mudah-mudahan Allah memelihara aku dari gangguan syaitan yg kena rejam, bisik hati Ahmad Albab...

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! o bang...Anak dah tidur" Terkejut Ahmad Albab mendengar suara Soleha Salwani yg mendayu-dayu dihujung telinga, walau dia selalu mendengar suara itu saban hari, tapi malam ini ianya begitu merdu dan seolah suara itu membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Itulah hebatnya ibadah dimalam jumaat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan