Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Jumaat, 21 Mei 2010
TENANGNYA HATI...
Dalam tafsir Al-Manar mengatakan, bahawa beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat itu asas sumber kebajikan. Oleh itu, keimanan yang sebenar adalah jalan menuju kepada kebajikan dan kebahagiaan yang sebenar. Dengan beriman bukan sahaja bererti segala perbuatan manusia itu mendapat ganjaran dari Allah (s.w.t.) bahkan iman juga mententeramkan jiwa dan menenangkan hati seseorang itu. Ketenangan hati merupakan suatu kebajikan dan kebahagiaan kepada manusia itu sendiri.
Firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Ra’du 13:28:
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat iman yakni beriman kepada Allah S.W.T, malaikat, kitab, nabi, hari akhirat itu merupakan salah satu jalan dan pokok segala kebajikan. Dengan kata lain keimanan adalah kunci segala amalan baik kepada semua manusia.
Diakhir ayat 177 surah al-Baqarah, Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya:
mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
Ini bermakna orang yang melakukan dengan apa yang tersebut di atas adalah orang yang benar dalam keimanan kerana mereka melaksanakan iman hati dengan perkataan dan perbuatan. Dengan itu, mereka dikatakan orang-orang yang benar dan bertaqwa yang seterusnya akan mencapai kemenangan dari Allah (s.w.t.).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan