Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

ANALISA AWAL PILIHANRAYA SIBU: KENAPA BN KALAH?

Pada pilihan raya umum 2008, peratusan mengundi ialah 67 peratus

Manakala Peratusan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang adalah seperti berikut:

Jumlah pengundi berdaftar sebanyak 54,695 (termasuk 2,537 pengundi pos).

Jumlah yang mengundi: 32,742

Peratusan pengundi: 59.86 peratus

Faktor penurunan peratusan pengundi antara punca kekalahan BN pada pilihanraya kecil kali ini.

Dan satu lagi faktor yg perlu diberi perhatian adalah mengenai isu lesen judi bola sepak yg sedang hangat diperkatakan kini.

Ada kemungkinan kemenangan DAP ini berpunca dari kemarahan masyarakat cina yg menentang judi bola sepak yg baru-baru ini dilesenkan kerajaan.

Bagi masyarakat yg bermoral dan sedar tentang bahaya judi dan kesannya pada diri, keluarga dan masyarakat isu ini sangat memberi kesan pada kehidupan harian.
Menolak BN adalah suatu cara supaya BN menilai semula keputusan meluluskan judi bola sepak dalam negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan