Pengikut

Rabu, 10 Februari 2010

ISU LIWAT:SIAPA YG KENA HUDUD?

Assalamualaikum.

"Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu ,kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....(Al Maidah)

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir,hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat" (hadis Nabi)

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan.


Oleh itu, buatlah pertimbangan yg adil berasaskan dan bersandarkan dalil yg dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya. Memang sah dan dijamin tidak sesat dulu kini dan selamanya. Walhasil, dapatlah kita simpulkan siapa yg patut kena hudud dan taubat adalah jalan kembali yg paling terbaik.
Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan