Pengikut

Selasa, 9 Februari 2010

LIWAT TANGGUH, HAKIM TOLAK NIZAR, ZAMBRY TIDAK KALAH.

BERITA TERKINI :

Pak Pandir bin Mablus tersenyum puas dengan keputusan sebulat suara dari Mahkamah Persekutuan. Gelodak hatinya kuat memuji keputusan itu. Dia ketawa besar bila memikirkan ada juga yg masih mengharapkan keputusan 4-1 atau 3-2,. memang tak cerdik kalu fikir org lain boleh menang bisik hatinya yg riang gumbira. Sebelum ini dia agak kaget mendengar khabar angin yg segaja direka bagi memcetuskan rasa bimbang dalam sanubari rakyat yg sentiasa sokong, sokong dan sokong sokmo.
Dia berulang kali membaca berita ini :

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih kuat bertahan sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ini bermakna Nizar kena terus berusaha pada masa akan dtg untuk menang.

Manakala Kes Liwat yg melanda saiful dtangguhkan pagi esok... hari ni bersidang kejap je..

Berita lain. Pasukan baju kuning perpusu2 mendapatkan duit minyak ditempat yg telah dimaklumkan... Entah betul entah tidak. FIKIrlah sendiri...

Pak Pandir pantas mengambil baju buruknya yg berlambang "keris bersarung" yg dia dapat waktu plihanraya secara percuma. Kedai kopi tepi surau jadi destinasinya.walau surau pun dia tak pernah pergi. Kubur lain2 bicara pak pandir pada jirannya yg tak jemu2 mengajak pergi surau untuk solat dan aktviti kemasyarakatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan