Assalamualaikum.
"CERITA BODOH MCM NI PUN PERCAYA ? MEMANG SAH!!!, Ini adalah antara ayat2 yg keluar dari mulut2 sebahagian rakyat Malaysia yg sedar dan insaf bila menerima sesuatu berita dan maklumat yg diragui sumbernya. Sebenarnya ini ada hubung kait dengan tanda2 tibanya kiamat."MEMANG SAH NAK KIAMAT !!!
Secara umumnya kita tahu serba sedikit tentang tanda2 hampirnya kiamat.
Makin lama kita hidup, makin akan kita saksikan betapa tanda2 yg pernah disebut Rasulullah makin terbukti saheh dan benar belaka.
Antara tanda kecil yg kita dapat saksikan :
-Amanah dikianati dan dijadikan sumber pendapatan,menambah harta benda hingga jadi jutawan, hartawan, berpegaruh serta mudah terlepas dari dakwaan salah laku.
-Fitnah merebak dan berluasa dan penyebar fitnah makin ramai serta ramai peminat. Kalau tak akan dianggap tak bertamadun.
-Perzinaan menjadi amalan biasa dan mudah dilihat dan melakukannya.
-Kebodohan dan kejahilan makin menjadi2 dan golongan bodoh disanjung2.
-Masjid dibina kerna mempamerkan kemewahan dan kehebatan senibina. Pengunjung bukan datang solat tapi semata2 kagum dengan seni bina. Bila time solat, ada la 2 tiga kerat orang yg sama dan yg dah pencen.
-Riba jadi amalan. tak nak pada riba tak boleh bermuamalah dan akan dipaksa terima riba.tak banyak sikit. tak sikit bertingkat2 tahapnya.
-Berebut2 manusia pada harta yg haram. Pertandingan2 yg berunsur judi dan memang sah judi.Bila dipesan supaya jgn terlibat, mcm2 belitnya supaya dapat gak turut serta.
-Manusia tidak lagi kenal kebenaran dan kebatilan. Yg benar dikata sesat, yg sesat dikata benar dan nikmat.
-Lelaki taat pada isteri hingga menderhaka kepada ibunya, hingga boleh sampai lelaki didera isteri sendiri.(bukan kat mesia kot )
-Ketua atau pemimpin dipilih dari kalangan yg kuat kelentong, kaki belit, rasuah jadi amalan samada berselindung atau terang-terangan, atau bahasa ringkasnya Fasik.
Ini antara sebahagian dari tanda2 kecil kiamat. Kita perlulah sedar, bahawa semua tanda2 kiamat kecil adalah berupa peringatan agar manusia sedar dan segera bertaubat. Sedangkan bila datangnya tanda2 kiamat besar menyesal la manusia selamanya.
Soalnya bila kiamat akan berlaku?
Allah SWT. Berfirman,
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.” (Luqman 34).
Allah merahasiakan terjadinya hari kiamat, dan menerangkan bahwa kiamat akan datang secara tiba-tiba.
“Mereka bertanyakan kepadamu tentang kiamat: ‘Bilakah terjadinya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui’.” (Al-A’raaf: 187)
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan