Pengikut

Ahad, 31 Januari 2010

LOMPAT PARTI : ANTARA PERUT DAN USUS, MANA YG UTAMA?

Assalamualaikum.

Jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Bila tiada sifat amanah dalam memegang jawatan serta tiada ikhlas dalam memikul tanggungjawab,maka akan merebaklah paham madiyyah atau mengejar kebendaan dan kecintaan pada dunia melebihi segalanya.

Manusia akan berlumba2 untuk mendapatkan jawatan demi memperolehi habuan dunia dan kemewahan hidup. Segala manis bicara bagi memikat orang ramai dengan kemunafikan sikap dan isi hati. Segala janji untuk sedia berkhidmat untuk rakyat dan bersama rakyat hanyalah cakap tak serupa bikin. Yg diutamakan setelah menang adalah perut sendiri, anak isteri dan keluarga terdekat. Tiada lagi istilah pengorbanan dan perjuangan. Yg ada hanya rakyat yg tertipu dan merana dek kerna terlalu percaya dengan kemunafikan ini.

Jelaslah pada kita, dalam dunia yg penuh pancaroba ini kita mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan.

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit, dan dalam perkara kebenaran bukan kemaksiatan.
Wallahu A'lam



*-ini gambar katak kekenyangan





Berita berkaitan :
PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan