Pengikut

Sabtu, 30 Januari 2010

komunis, firaun kecil dan melayu mudah lupa

Assalamualaikum.

Semua maklum tentang Melayu mudah lupa. Lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul kejadian,lupa sejarah, lupa jaga diri, lupa anak bini, lupa silap sendiri, lupa harga diri dan paling malang, melayu lupa pada Penciptanya lantas tiada rasa nak mengingati Allah dan Rasulnya.

Melayu lupa tentang kerugian yg dialami berzaman2 lamanya.
Melayu lupa atau tak pernah dengar bicara Umar R.A. : "Kita dimuliakan Allah kerana Islam. Sekiranya kita mencari kemulian selain dari apa yg Allah muliakan yakni Islam, nescaya Allah akan hina kita sehina-hinanya."

Melayu kena ingat, jgn lupa bahawa masih ada golongan melayu yg hebat. Melayu yg beriman dan beramal soleh dan sering berpesan2 kearah kebenaran dan berpesan2 penuh kesabaran.

Melayu hina bila ikut contoh firaun, namrud, abu jahal dan segala angkatan kesesatan itu.
melayu hila bila ikut paham komunis, sekular n macam2 lagi istilah sesat dan ajaran sesat yg masyhur ketika ini.

Melayu terleka dan alpa dengan slogan yg dibawa Hang Tuah mungkin...
"Tak kan hilang melayu didunia..."
Bicara wahyu menyebut tentang tempoh masa akan tiba saat semua akan hilang, sehingga dunia dan segala isinya akan hilang dan musnah.
tiada yg kekal abadi.
Begitulah adanya...






sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan